Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Pengusaha inap desa digesa mohon pembiayaan naik taraf
Published on: Friday, July 03, 2020
Text Size:

Pengusaha inap desa digesa mohon pembiayaan naik taraf
LIEW (kiri) bersama Vui Keong semasa kunjungan hormat itu.
Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew menggesa pengusaha inap desa berdaftar di Sabah agar memohon pembiayaan sebanyak RM20,000 untuk tujuan menaik taraf daripada Kerajaan Negeri menerusi Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Beliau membuat gesaan itu semasa satu kunjungan hormat oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk hal ehwal perundangan, Datuk Liew Vui Keong, pada Khamis.

“Kami akan memproses permohonan apabila kami menerimanya daripada pengusaha inap desa berlesen,” katanya.

Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, berkata pembiayaan untuk projek kecil berkaitan pelancongan itu adalah sebahagian daripada geran khas RM10 juta untuk menaik taraf fasiliti inap desa dan produk pelancongan berasaskan komuniti, di bawah Sabah New Deal seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Geran daripada Kerajaan Negeri ini adalah berita baik untuk pemain pelancongan tempatan, dan saya pasti pelancongan domestik akan berkembang maju semula. Saya menggalakkan pengusana inap desa di Sandakan umumnya dan Batu Sapi khususnya, untuk memanfaatkan dana itu, supaya mereka bersedia membuka pintu mereka kepada pengunjung pada penghujung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 31 Ogos,” kata Vui Keong, yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi.

Memberi taklimat kepada Menteri itu mengenai pelancongan di kawasan parlimennya, katanya usaha sedang dijalankan untuk mengubah Taman Warisan Batu Sapi (batu berbentuk seperti kerbau berkaki tiga) dan Pantai Pasir Putih menjadi tempat pelancongan.

“Fokus utama kami adalah untuk mengekalkan kebersihan tarikan semula jadi ini dan menyelesaikan masalah pencemaran air di kawasan terjejas, antara lain. Memandangkan popularitinya sebagai destinasi pelancongan, kami berharap Sandakan akan terus menarik pelancong pada bulan-bulan akan datang,” katanya. Menteri itu berkata Sandakan harus melakukannya dengan baik berdasarkan kawasan pelancongannya seperti Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Santuari Gajah Borneo di Kinabatangan dan Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo.

Pengusaha inap desa yang layak adalah disahkan dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac). Kementerian itu dan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) mempunyai wakil dalam Jawatankuasa Persijilan di bawah Motac.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here