NABAWAN: Ibu bapa dan guru-guru terutama warden perlu memainkan peranan untuk menjaga tingkah laku atau disiplin pelajar yang tinggal di asrama.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, ini penting bagi mengelakkan kejadian kes buli dan perkara yang tidak diingini berlaku.
Katanya, pada masa ini kes buli semakin menjadi-jadi yang berlaku di beberapa buah sekolah di negara ini.
“Baru-baru ini masyarakat digemparkan dengan kes bunuh seorang pelajar lelaki yang tinggal di asrama sebuah sekolah di daerah Lahad Datu.
Advertisement





