Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Polis tahan 19 individu terbabit parti liar
Published on: Friday, July 03, 2020
By: Lagatah Toyos
Text Size:

Polis tahan 19 individu terbabit parti liar
SEBAHAGIAN individu ditahan dalam serbuan tersebut.
TAWAU: Polis menahan 19 individu termasuk lapan wanita semasa serbuan Ops Parti Liar / Ops Covid-19 di sebuah rumah di Taman Nordin, di sini, kira-kira pukul 8.30 pagi Selasa lepas.

Ketua polis daerah, ACP Peter Umbuas berkata semua tahanan, termasuk tiga warga Indonesia, berumur antara 21 dan 34 tahun.

“Semasa serbuan, semua suspek berkelakuan mencurigakan dan tidak mematuhi penjarakan sosial di rumah itu.

“Tiada dadah ditemui pada semua suspek, bagaimanapun, kesemuanya diuji positif dadah termasuk ketamin, amfetamin dan metamfetamin,” tambahnya.

Peter berkata kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1957 dan Seksyen 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020, kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Tiga warga Indonesia itu juga akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 untuk kemasukan haram ke negara ini.

Beliau juga berkata, semua tahanan juga dikompaun di bawah Peraturan 3 Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998.

11 suspek lelaki direman empat hari, sementara lapan suspek wanita direman tiga hari bermula Rabu lepas.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here