Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Dua ibu tunggal antara 20 didakwa ambil dadah
Published on: Saturday, July 04, 2020
By: Lagatah Toyos
Text Size:

Dua ibu tunggal antara 20 didakwa ambil dadah
TAWAU: Seramai 20 orang, termasuk dua ibu tunggal, berumur antara 20 hingga 37 tahun, yang terlibat dalam satu parti liar di sebuah inap desa mewah, didakwa mengambil dadah.

Semua mereka dibawa di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus, pada Jumaat.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan sementara menunggu laporan kimia ke atas dadah itu dan mahkamah menetapkan 4 Ogos untuk sebutan.

Mahkamah menawarkan ikat jamin sebanyak RM1,800 beserta dua orang penjamin untuk setiap seorang, kecuali tiga daripada mereka, yang tidak mempunyai dokumen.

Ketika memohon kadar ikat jamin lebih rendah, kesemuanya memaklumkan mahkamah bahawa mereka tiada pekerjaan, tiada pendapatan dan tidak mampu membayar ikat jamin tinggi.

Sementara itu, dua lelaki dan seorang wanita didenda RM1,000 atau 30 hari penjara jika gagal membayarnya kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Mohd Iqbal Japar, 22, Abdul Sidi Mulpy, 29, dan Kimberly Henrikus, 24, mengaku melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Nordin pada jam 8.30 pagi pada 30 Jun.

Mahkamah diberitahu bahawa trio itu melanggar PKPP dengan terlibat dalam aktiviti yang membabitkan ramai orang di sebuah tempatan tanpa penjarakan sosial.

ASP Dayang Nor Azarinawaty Ag Kachee tampil untuk pendakwaan.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here