Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Lelaki cedera jatuh gaung ketika daki bukit
Published on: Saturday, July 04, 2020
By: Winnie Kasmir
Text Size:

Lelaki cedera jatuh gaung ketika daki bukit
MANGSA dibawa ke hospital untuk rawatan.
SANDAKAN: Seorang lelaki berumur 23 tahun cedera apabila terjatuh ke dalam gaung sedalam 75 meter semasa melakukan aktiviti mendaki bukit di Jalan Ulu Sibuga, dekat sini, Khamis lepas.Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 7.11 malam. Difahamkan mangsa menjalankan aktiviti mendaki bukit bersama dua ahli keluarganya. Operasi menyelamat diketuai oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan iaitu Penolong Kanan Penguasa Bomba, Jimmy Lagung dan dibantu 11 anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah kenderaan pacuan empat roda pelbagai guna.

Selepas menerima maklumat daripada saksi di tempat kejadian, pasukan menggunakan sistem “lowering and hauling” bagi menyelamat mangsa yang terjatuh ke dalam gaung itu. Mangsa diberikan yang cedera ringan diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS, sebelum dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk rawatan lanjut.

Operasi tamat pada pukul 10.10 malam.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here