Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Lelaki bebas tuduhan rogol remaja
Published on: Thursday, August 06, 2020
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Lelaki bebas tuduhan rogol remaja
Gambar: Pixabay.com
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 30 tahun bebas daripada tuduhan merogol seorang remaja.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz melepaskan dan membebaskan Helmi Arni daripada tuduhan terhadapnya selepas memutuskan bahawa pendakwaan telah gagal membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah terhadap Helmi.

Helmi dituduh merogol remaja berumur 16 tahun itu antara pukul 12.30 tengah hari dan 4 petang 26 Jun 2017 di sebuah rumah di Manggatal.

Kesalahan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Amirah Muhammad Ali hadir untuk pendakwaan sementara peguam Henry Gudid mewakili Helmi.

Mahkamah memerintah supaya ikat jamin dibayar balik kepada Helmi.

Sementara itu, dua lelaki dipenjara kerana memasuki negeri ini secara haram.

Muhamad Paisal Pilis dipenjara tiga bulan sementara Kambal Muhiddin dipenjara empat bulan dan dikenakan satu sebatan rotan.

Dua warga asing itu ditangkap secara berasingan pada 27 Julai tahun ini selepas gagal menunjukkan dokumen pengenalan mereka kepada polis.

Dalam rayuan, mereka meminta hukuman ringan dan diusir ke tempat asal mereka secepat mungkin.

Mahkamah memerintah tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap.

Selepas tamat, mereka diperintah rujuk ke Jabatan Imigresen untuk pengusiran.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here