Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Pemilik kafe ingkar PKPP dijel sehari, didenda RM700
Published on: Saturday, September 19, 2020
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Pemilik kafe ingkar PKPP dijel sehari, didenda RM700
Gambar: Pixabay.com
Kota Kinabalu: Seorang pemilik kafe dipenjara sehari dan didenda RM700 atau penjara seminggu kerana menganjurkan majlis pelancaran premisnya pada Julai, yang menyebabkan kehadiran ramai orang semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Soo Chee Yong, 37, mengaku bersalah di hadapan Majistret Afiq Agoes kerana melakukan kesalahan itu, yang merumitkan pelaksanaan penjarakan fizikal dan pematuhan arahan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan.

Kesalahan itu berlaku pada pukul 7.30 malam 28 Julai di PR Café, tingkat satu, Lorong Plaza 333, Jalan Penampang Bypass.

Afiq dalam menjatuhkan hukuman itu memutuskan bahawa tindakan Soo berbahaya kepada orang ramai khususnya semasa pandemik Covid-19 dan berharap hukuman itu akan bertindak sebagai pengajaran.

Soo telah melanggar Peraturan 3 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, yang boleh dihukum di bawah Peraturan 11(1) Peraturan-peraturan sama yang membawakan denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Inspektor Lim Swee Beng yang menjalankan pendakwaan, memberitahu mahkamah bahawa pada hari tersebut, polis menyerbu premis itu selepas menerima aduan di Facebook Polis Penampang mengenai perkara itu, dan pemerhatian prosedur operasi standard (SOP) dijalankan di premis itu.

Polis menangkap 18 orang termasuk pemilik premis, seorang pengurus tarian singa dan penari tarian singa di premis itu kerana menganjurkan acara yang merumitkan pelaksanaan penjarakan fizikal.

Mahkamah mendengar bahawa Soo sebagai pemilik premis telah menganjurkan majlis pelancaran itu dengan beberapa program yang melanggar SOP bagi PKPP.

Antaranya adalah persembahan tarian singa, acara memotong reben dan busking, yang menarik pelawat di kawasan itu untuk berkumpul dan merumitkan amalan penjarakan fizikal.

Peguam Valentino James Tanggar, yang mewakili Soo, memohon denda atas sebab bahawa hukuman penjara hanya akan mendedahkannya kepada Covid-19, dan Soo yang juga seorang ahli perniagaan yang memiliki sebuah kafe di Penampang telah menyesali perbuatannya.

Apabila ditanya oleh mahkamah apa sebenarnya yang berlaku pada hari tersebut, Valentino menjawab pada mulanya hanya terdapat kira-kira 10 hingga 20 orang di situ, tetapi ramai orang tiba-tiba datang.

Valentino juga memberitahu mahka-mah bahawa dia hadir semasa insiden itu dan ia gimik dan untuk tujuan pertunjukan sahaja.

Dia juga setuju dengan majistret bahawa bunyi bising dari premis itu menyebabkan orang ramai berhimpun.

Pendakwaan memohon hukuman setimpal.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here