Kota Kinabalu: Kerajaan negeri digesa untuk mempertimbang untuk meneliti semula nasib lebih 300 setinggan yang dipercayai penduduk tempatan yang tinggal di sepanjang Sungai Rampayan yang sering mengalami banjir walaupun hujan sekejap.Adun Warisan bagi Darau, Azhar Matussin berkata selama bertahun-tahun mereka terpaksa bertahan apabila barang-barang peribadi mereka sering mengalami kerosakan setiap kali hujan turun.
“Walaupun hujan 30 minit saja, paras air akan meningkat dan menyebabkan masalah banjir bagi rumah-rumah di sepanjang sungai itu
ADVERTISEMENT
Katanya, projek tebatan banjir di Sungai Rampayan dicadangkan sebagai jalan penyelesaian dengan melebarkan sungai dan diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH) ketika itu.