PENAMPANG: Kali terakhir Peter Jipiu belajar menggunakan komputer dan teknologi maklumat adalah 40 tahun yang lalu. Ketika itu dia hanya belajar asas komputer seperti aplikasi Microsoft Word dan Lotus Software.
Pengetahuan daripada kursus anjuran agensi kerajaan tempatnya bekerja ketika itu membolehkan Peter menggunakan komputer untuk melakukan kerja-kerja mudah di pejabat Fama di Lahad Datu, ketika itu.
Itu 40 tahun yang lalu. Pada 22 hingga 26 April lalu ketika dimaklumkan ada kursus ICT anjuran AMC College dikampungnya di Kolopis Penampang, Peter 68, tidak melepaskan peluang dan segera merebut kesempatan menimba ilmu itu.
“Dunia maya sekarang sangat penting untuk dipelajari. Rugi jika tidak mempelajari dunia ICT yang terkini. Kita mesti ikut perkembangan walaupun usia sudah meningkat. Dan saya sentiasa berminat untuk mempertingkatkan pengetahuan.
Advertisement





