Mon, 13 May 2024

HEADLINES :


Masih ada ingkar SOP
Published on: Sunday, January 17, 2021
By: Sherell Jeffrey
Text Size:

Masih ada ingkar SOP
Kota Kinabalu: Orang ramai masih tidak mengendahkan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan untuk membendung penularan virus itu sejak 13 Januari.

Dalam tempoh tiga hari, 41 kompaun dikeluarkan terhadap mereka yang didapati melanggar SOP, menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap jurucakap rasmi Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun (gambar), dalam kenyataan harian beliau, Sabtu.

Walaupun tidak mencatatkan kluster baharu pada Sabtu, Sabah masih menunjukkan angka tinggi dengan 449 kes dan empat kematian – tiga di Lahad Datu dan satu di Tuaran.

Daripada angka itu, 338 kes dikesan daripada saringan kontak rapat, 77 daripada saringan bergejala, tujuh daripada kluster sedia ada, empat daripada saringan rentas negeri dan 23 daripada kategori lain.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here