Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Pakatan Harapan ambil pendekatan 'khemah besar'
Published on: Saturday, April 10, 2021
By: Bernama
Text Size:

Pakatan Harapan ambil pendekatan 'khemah besar'
Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam kenyataan hari ini berkata pendekatan itu adalah bagi memulihkan kembali sistem demokrasi berparlimen dengan menamatkan penggantungan Parlimen. (Photo: Bernama)
Kuala Lumpur: Pakatan Harapan (PH) mengambil pendekatan 'khemah besar' dalam usaha menyatupadukan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat, tanpa mengira pegangan politik.

Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam kenyataan hari ini berkata pendekatan itu adalah bagi memulihkan kembali sistem demokrasi berparlimen dengan menamatkan penggantungan Parlimen.

Menurutnya bagi tujuan itu satu memorandum yang ditandatangani oleh semua Ahli Parlimen yang menyokong pembukaan semula Parlimen akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara bagi menjunjung titah nasihat baginda bahawa darurat tidak menghalang Parlimen untuk bersidang.

“Kami menegaskan kesediaan untuk berunding dan bekerjasama dengan mana-mana pihak, berdasarkan prinsip dan agenda Reformasi, demi kepentingan rakyat, tanpa melibatkan kleptokrat,”menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Khemah besar, atau kelompok parti adalah merujuk kepada dasar parti-parti politik yang membenarkan atau menggalakkan pandangan pada spektrum yang lebih luas dalam kalangan anggotanya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here