Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ambil tindakan sebelum perpaduan tergugat: Fairuz
Published on: Monday, April 08, 2024
Published on: Mon, Apr 08, 2024
By: Noor Zafira Zayn
Text Size:
Text:
Ambil tindakan sebelum perpaduan tergugat: Fairuz
“Saya menyeru khasnya kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk pandang isu ini sebagai isu yang sangat serius.  
Kota Kinabalu: Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Fairuz Renddan menyeru pihak berkuasa untuk memandang serius dan mengambil tindakan tegas kepada pihak tidak bertanggungjawab yang suka menimbulkan ketegangan serta menggugat perpaduan Sabah.

“Saya menyeru khasnya kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk pandang isu ini sebagai isu yang sangat serius.  

Advertisement
“Mereka tidak patut diberi muka dan sebenarnya adalah duri dalam daging yang jika dibiarkan akan merebak, menjadi ‘virus’ yang kelak apabila sudah menular ke seluruh komuniti, ia akan menjadi semakin parah dan sukar lagi untuk dibendung,” katanya dalam satu kenyataan media di sini pada Sabtu.

Fairuz

Menurut Fairuz yang juga Ketua Pemuda Gagasan Rakyat, Sabah adalah sebuah negeri yang harmoni dengan komposisi penduduk pelbagai kaum dan berbilang agama sejak dulu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sekarang, sudah ada yang berani memainkan sentimen agama, kaum, bangsa, bahkan lebih teruk lagi, menjadi batu api serta menghasut pihak lain untuk mengikuti pandangan mereka.

“Ini tindakan yang sangat tidak wajar, sangat keji dan memalukan kerana kita hidup aman damai sejak sekian lama dan mereka mahu merosakkan kaharmonian kita,” katanya.

Advertisement
Kata Fairuz, fokus kerajaan dan masyarakat semasa adalah untuk saling menjaga dan memastikan semua usaha pembangunan serta masalah rakyat dapat diatasi.

“Namun pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan sentiment negatif 3R pula mahu memecahbelahkan keharmonian dan kesejahteraan perpaduan.

Advertisement
“Kita masih ada banyak hal untuk diurus dan diselesaikan kerana kita sekarang berdepan masalah cuaca panas, jerebu, kebakaran dan bekalan air.

“Kita mahu fokus untuk usaha menyelesaikan masalah ini, apatah lagi dalam masa beberapa hari sahaja lagi, umat Islam bakal menyambut Aidilfitri.

“Andai kata masalah penghasut dan penyebar fitnah yang masih berleluasa tanpa penyelesaian ini, terus merebak dalam komuniti kita, ia akan merencatkan penyatuan dan kerjasama kerana pasti akan ada pihak yang terpengaruh.

“Lebih parah lagi jika ada yang membuat perhimpunan haram, berdemonstrasi, berkumpul dan bergaduh di khalayak umum yang akan menjejaskan imej negeri Sabah dan Malaysia sebagai sebuah negara harmoni yang berpegang kepada prinsip perlembagaan,” katanya.

Fairuz turut menasihati rakyat khasnya komuniti pengguna sosial media untuk menggunakan platform itu secara bijak dan tidak sewenang-wenangnya membuat hantaran yang berunsur negatif serta menyentuh isu 3R.

“Jadi pengguna media sosial yang bijak dan peka terhadap isu semasa.

“Tidak salah untuk menggunakan sosial media sebagai ruang untuk berinteraksi dan berkomunikasi, namun jika tujuannya adalah negatif dan ingin menjadi pahlawan papan kekunci yang lancing berkata-kata di sebalik layar gajet semata-mata, pastinya yang rugi itu diri sendiri,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here