Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Lelaki minta bicara tuduhan ambil dadah kali ketiga
Published on: Saturday, June 12, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Lelaki minta bicara tuduhan ambil dadah kali ketiga
Kota Kinabalu: Seorang lelaki meminta dibicarakan bagi tuduhan mengambil dadah buat kali ketiga.

Johan G Pedimus membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat, selepas tuduhan dibacakan kepadanya.

Johan dituduh mengambil syabu pada pukul 7.45 malam 21 April lalu di kawasan Penampang.

Tuduhan menyatakan bahawa dia mempunyai dua rekod sabitan lampau atas kesalahan mengambil dadah.

Kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu boleh dihukum di bawah Seksyen 39C(1) Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima dan tujuh tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 6 Julai untuk sebutan sementara menunggu laporan ahli patologi, dan Johan diperintah reman sementara menunggu tarikh itu.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Amirah Muhammad Ali hadir untuk pendakwaan sementara Johan tidak diwakili.

Di Mahkamah Majistret, dua lelaki didakwa secara berasingan atas tuduhan mengambil syabu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada mereka kerana laporan kimia untuk dadah itu belum tersedia.

Majistret Lovely Natasha Charles menetapkan 13 Julai untuk sebutan kes mereka dan melepaskan mereka masing-masing dengan ikat jamin RM1,100 dan dua penjamin tempatan.

Inspektor Lim Swee Beng menjalankan pendakwaan.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here