Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Rayuan terhadap pembebasan peguam digugur
Published on: Wednesday, July 28, 2021
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Rayuan terhadap pembebasan peguam digugur
Kota Kinabalu: Mahkamah Rayuan menggugurkan rayuan terhadap pembebasan seorang peguam yang terkenal dengan pengendalian kes tanah anak negeri, berhubung tuduhan menggunakan dokumen palsu berkaitan hal tanah.

Hakim-Hakim Dato’ Has Zanah Mehat, Datuk Ravinthran Paramaguru dan Dato’ Hj Ghazali Hj Cha melalui persidangan video, membenarkan permohonan pendakwaan untuk menarik balik rayuan tersebut.

Pendakwaan sebelum ini merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 1 November 2019 untuk menolak rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Majistret untuk melepaskan dan membebaskan Datuk Kong Hong Ming daripada empat tuduhan tanpa memintanya membela diri.

Mahkamah Tinggi mengekalkan pelepasan dan pembebasan Kong daripada semua tuduhan.

Pada 11 Jun 2018, Kong dilepaskan dan dibebaskan daripada empat tuduhan terhadapnya oleh Mahkamah Majistret, di sini.

Bagi dua tuduhan pertama, Kong didakwa menggunakan perjanjian jual beli palsu bertarikh 31 Oktober 2005 untuk satu tanah CL No. 215012847 antara penama Jeff Leong dan Albert Leong dengan March Advantage Sdn Bhd.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu masing-masing pada pukul 11.54 pagi 2 September 2010 di pejabat Bahagian Pendaftaran Tanah, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah di sini dan pada pukul 8.30 pagi 11 September 2013 di Bahagian Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini.

Bagi tuduhan ketiga dan keempat, Kong dituduh menggunakan Memorandum Pindah Milik (MoT) palsu dan tidak bertarikh untuk satu tanah (CL No. 21502847) antara Jeff Leong dan Albert Leong dengan March Advantage Sdn Bhd.

Kesalahan itu didakwa dilakukan masing-masing pada pukul 8.42 pagi 9 Februari 2012 di pejabat Bahagian Pendaftaran, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah di sini, dan pada pukul 2.12 petang 24 Mac 2014 di Bahagian Pendaftaran Mahkamah Tinggi, di sini.

Semua tuduhan dibuat di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Pada prosiding Mahkamah Rayuan yang dijalankan melalui Zoom, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zain Ibrahim hadir untuk pendakwaan sementara Kong mewakili diri sendiri.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here