Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pendakwaan dibenar kembalikan semula rayuan pembebasan ahli politik didakwa salah guna harta
Published on: Thursday, March 21, 2024
Published on: Thu, Mar 21, 2024
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Pendakwaan dibenar kembalikan semula rayuan pembebasan ahli politik didakwa salah guna harta
Pada 6 Sept 2013, Phillip didapati bersalah dan disabitkan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan secara tidak jujur menyalahgunakan kayu Merbau bernilai RM399,388 kepunyaan seorang ahli perniagaan di India, Chandulal Manji, pukul 6.52 petang pada 25 Jun 2008 di pejabat MISC di Wisma Takada di Jalan Gaya di sini.
Kota Kinabalu: Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mengembalikan semula rayuan terhadap pembebasan seorang ahli politik daripada pertuduhan menyalahgunakan harta, selepas kes itu dibatalkan oleh mahkamah sama sembilan tahun lalu.

Hakim Datuk Supang Lian, yang bersidang bersama Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Wong Kian Kheong membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan mengembalikan semula rayuan terhadap responden Phillip Among @ Daniel Deil Fidelis, 55.

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Mohd Amril Johari bagi pihak pendakwaan selaku perayu memaklumkan mahkamah bahawa Phillip tidak hadir untuk perbicaraan dan notis pendengaran gagal dilaksanakan ke atasnya bagi mengembalikan semula rayuan terhadapnya.

DPP Mohd Amril berkata alasan permohonan itu adalah kerana Phillip kini didakwa atas lima pertuduhan mencabul mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret dan mereka mempunyai semua dokumen berkaitan untuk meneruskan perkara itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
DPP Mohd Amril menambah, kes itu ditetapkan untuk sebutan pada 27 Mac, memandangkan responden dipanggil membela diri bagi kesemua lima pertuduhan.

Responden memfailkan permohonan untuk semakan kepada Mahkamah Tinggi terhadap perintah Mahkamah Majistret supaya dia membela diri atas lima pertuduhan cabul, kata TPP Mohd Amril.

Advertisement
“Dengan itu, kami yakin notis pendengaran boleh disampaikan kepada responden,” tambahnya.

Pada 6 Sept 2013, Phillip didapati bersalah dan disabitkan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan secara tidak jujur menyalahgunakan kayu Merbau bernilai RM399,388 kepunyaan seorang ahli perniagaan di India, Chandulal Manji, pukul 6.52 petang pada 25 Jun 2008 di pejabat MISC di Wisma Takada di Jalan Gaya di sini.

Advertisement
Phillip kemudian dijatuhi hukuman penjara 12 bulan, satu sebatan dan denda RM100,000 atau penjara 18 bulan bagi kesalahan itu di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, pada 22 April 2014 Mahkamah Tinggi membatalkan sabitan dan hukumannya berikutan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Sesyen.

Pendakwaan kemudian memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan sabitan dan hukuman dikenakan ke atas Phillip.

Pada 16 Nov 2015, Mahkamah Rayuan menolak rayuan oleh pihak pendakwaan selepas dimaklumkan bahawa mereka tidak dapat menyampaikan notis pendengaran kepada Phillip.

Tarikh itu ditetapkan sebagai penangguhan akhir rayuan kerana pihak itu tidak dapat menyampaikan notis pendengaran kepada Phillip walaupun tiga kali cubaan pada 19 Mei, 1 Julai dan 6 Julai 2015.

Phillip, yang merupakan ketua teknikal pertandingan Unduk Ngadau 2021, kini berdepan lima pertuduhan mencabul dua wanita (empat terhadap peserta Unduk Ngadau Negeri, 21, dan seorang ke atas wanita berusia 18 tahun).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi berasingan di sini pada empat masa berbeza pada 19 Mei 2021 dan pada 17 April tahun sama.

Phillip, pada 10 Jun 2021 meminta dibicarakan bagi setiap pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan itu yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Dia diperintahkan membela diri atas semua pertuduhan tetapi kes ditangguhkan sementara menunggu pelupusan permohonannya untuk menyemak perintah mahkamah lebih rendah yang memerlukannya menjawab pertuduhan dikenakan ke atasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here