Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Dua lelaki dihukum mati
Published on: Saturday, November 27, 2021
By: Lagatah Toyos
Text Size:

Dua lelaki dihukum mati
Edar lebih 70kg syabu
TAWAU: Dua lelaki dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Tawau, pada Jumaat, selepas didapati bersalah mengedar 70,942.52 gram syabu, tiga tahun lepas.

Hakim Dr Lim Hock Leng membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan muna-sabah terhadap kes tersebut.

Tan Teng Siong, 52, dan Tay Thong Keng, 34, (tertuduh ketiga) disabit kesalahan mengedar dadah di Jalan Haji Karim (belakang bangunan Mahkamah Tawau) pada 12.30 tengah malam, 9 November 2018.

Mereka didakwa bersama seorang lagi tertuduh, Tan Teng Sang tetapi Teng Sang dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan tersebut pada akhir kes pendakwaan pada 21 Mac tahun ini.

“Kedua-dua tertuduh (Tan dan Tay) didapati gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kedua-dua tertuduh sememangnya mempunyai niat bersama untuk menyeludup dadah.

“Oleh yang demikian, kedua-dua tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 untuk digantung sampai mati,” kata Dr Lim.

Perbicaraan kes itu bermula pada November 2020 yang menyaksikan tiga saksi pendakwaan dipanggil, manakala, pihak pembelaan hanya menampilkan Tan dan Tay sebagai saksi sehingga perbicaraan selesai pada Jun tahun ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Ali Imran, manakala Tan diwakili peguam Dominic Chew Luke Ressa, sementara Tay diwakili Ram Singh.

Untuk rekod, kes ini pernah menjadi perhatian ramai apabila membabitkan rampasan dadah terbesar di Sabah pada tahun tersebut, selain tangkapan awal empat suspek warga tempatan termasuk dua beradik.

 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here