Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


TTPM arah kontraktor bayar RM36,358 kepada pengguna
Published on: Saturday, November 27, 2021
Text Size:

TTPM arah kontraktor bayar RM36,358 kepada pengguna
Kota Kinabalu: Seorang kontraktor diarah untuk membayar RM36,358.85 kepada seorang pengguna oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Kota Kinabalu.Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah, Georgie Abas berkata, pembayaran itu dibuat secara tunai oleh kontraktor pada Khamis (25 November), di pejabat TTPM Kota Kinabalu.

“Pengguna membuat pengubahsuaian rumah yang dikendalikan oleh seorang kontraktor di mana kerja-kerja bermula pada Februari 2020 namun terhenti pada Disember 2020. “Pengguna sudah membuat bayaran penuh kepada pihak kontraktor untuk pembelian bahan binaan dan upah buruh, namun sebahagian kerja-kerja tersebut tidak disiapkan oleh pihak kontraktor. “Pengguna juga mendapati pihak kontraktor telah melanggar perjanjian di mana kerja-kerja pengubahsuaian rumah tidak dilakukan mengikut jumlah bayaran yang diterima,” katanya dalam kenyataan, Jumaat.

Georgie berkata, kes didengar pada 16 November lalu di Mahkamah TTPM yang menetapkan pihak kontraktor perlu membayar jumlah tersebut kepada pengguna dalam tempoh 14 hari dari tarikh award.

Sementara itu, Georgie berkata, sejak Sabah memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), banyak kes tertangguh dapat diselesaikan berikutan kelonggaran pergerakan. Katanya, bagi 2020, daripada 146 kes didaftarkan dan 143 kes daripadanya diselesaikan. “Bagi 2021 pula sehingga 25 November 2021, sebanyak 104 kes didaftarkan dan sebanyak 66 kes diselesaikan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, orang ramai disaran untuk mengenali dengan lebih dekat fungsi dan bidang kuasa TTPM bagi memudahkan masyarakat menyelesaikan masalah sekiranya berlaku sebarang tuntutan akibat kecuaian atau pelanggaran perjanjian antara pengguna dengan pembekal.

Sebagai makluman, TTPM mendengar tuntutan yang difailkan bagi kes-kes tebus rugi pembelian barang dan perkhidmatan untuk hal perkara yang dibenarkan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 dengan jumlah amaun tuntutan tidak melebihi RM50,000.00. “TTPM ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran alternatif selain mahkamah sivil untuk pengguna menuntut tebus rugi berkenaan pembelian barang atau perkhidmatan yang dibekalkan daripada peniaga atau pembekal perkhidmatan dengan cara yang mudah, murah dan cepat,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here