Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


DAP Sabah hilang arah, alami perbalahan dalaman: Calvin
Published on: Saturday, January 22, 2022
By: Bernama
Text Size:

DAP Sabah hilang arah, alami perbalahan dalaman: Calvin
SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura, Calvin Chong (gambar), pada Jumaat, mengesahkan bahawa beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada DAP, kerana kecewa dengan pemimpin parti, yang menurutnya tidak menghargai khidmatnya dalam parti itu.

Beliau mengakui berat hati untuk mengambil keputusan itu, namun terpaksa berbuat demikian kerana beliau mendakwa DAP Sabah kini bukan sahaja telah hilang arah, malah turut mengalami perbalahan dalaman di samping masalah komunikasi teruk antara pemimpinnya.

Bagaimanapun beliau mengakui masih belum menghantar surat peletakan jawatan kepada pucuk pimpinan DAP Sabah, tetapi akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

“Sudah berapa lama saya berada di dalam DAP (sejak 2012) dan perasaan tersisih itu bukan hanya sekali berlaku, tetapi sudah beberapa kali, namun saya masih bersabar kerana saya di sini kerana rakyat dan saya akan sentiasa berjuang untuk rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Katanya ada juga pemimpin parti yang sudah tidak menginginkan beliau kekal dalam parti itu.

Chong berkata ketika ini beliau belum ada perancangan untuk menyertai atau berkerjasama dengan mana-mana pihak, sama ada di pihak pembangkang ataupun parti pemerintah, namun, akan terus berkhidmat sebagai Adun Bebas.

“Saya masih sayangkan rakyat, terutama pengundi Elopura dan saya berterima kasih kepada semua yang menyokong serta membantu saya sebagai wakil rakyat,” tambahnya.

Sebuah portal berita lewat malam Khamis lepas melaporkan Chong,  Adun Sri Tanjong Justin Wong Yung Bin dan bekas senator daripada parti itu Adrian Lasimbang bertindak keluar parti, namun sehingga berita ini ditulis, Wong ketika dihubungi enggan mengulas statusnya dalam parti.

Sementara itu sumber terdekat memberitahu Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon belum menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada Chong, Wong dan Lasimbang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here