HEADLINES :


ADVERTISEMENT



Covid-19 jejas pengusiran Pati di Sabah, kata timbalan menteri
Published on: Thursday, June 23, 2022
By: FMT, Willie Jude
Text Size:


Jonathan Yasin menyampaikan sijil APC kepada pegawai dan anggota imigresen di SICC, Kota Kinabalu. (Gambar: Melalui FMT)
Kota Kinabalu: Timbalan Menteri Dalam Negeri Jonathan Yasin berkata, penularan wabak Covid-19 menjejaskan usaha pengusiran pendatang asing tanpa izin (Pati) yang ditahan di depot Jabatan Imigresen di Sabah.

Katanya, mengikut perangkaan keseluruhan tahanan di negeri ini ketika ini adalah seramai 7,161 orang.

Beliau berkata, daripada jumlah itu 6,597 adalah warga Filipina yang masih ditahan di semua empat depot imigresen di Sabah.

“Seperti yang kita sedia maklum, ancaman pandemik Covid-19 memberi impak sangat besar kepada keseluruhan perkhidmatan awam secara amnya dan Jabatan Imigresen secara khususnya.

“Ini dapat dilihat dari segi proses pengusiran tahanan warga asing yang tergendala sejak pandemik Covid-19 bermula,” katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 Imigresen di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Jonathan berkata, terdapat jurang perbezaan yang sangat ketara dalam pelaksanaan langkah penghantaran balik tahanan warga Filipina sejak 2018 hingga 2022.

Katanya, statistik pengusiran warga Filipina bagi 2019 hingga 2022 semakin menurun berbanding 2018 yang merekodkan penghantaran pulang seramai 10,905 orang.

“Ia semakin menurun disebabkan faktor utama, iaitu ancaman pandemik Covid-19 yang membawa kepada penutupan sempadan antarabangsa negara terlibat.

“Sejajar dengan peralihan ke fasa endemik, kita berharap pihak kedutaan Filipina memberi kerjasama sepenuhnya dan dapat mempermudahkan urusan pengusiran tahanan warganegara Filipina seperti sebelumnya.

“Ia bagi membolehkan tahanan ini balik ke negara asal dan menjalani kehidupan normal,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama pihak kedutaan dan kerajaan Filipina sangat penting bagi memastikan proses pengusiran dapat dilaksanakan dan diselesaikan dengan segera.

Untuk rekod, seramai 9,610 individu berjaya dihantar pulang pada 2019 sebelum menurun kepada 4,408 warga asing pada 2020.

Manakala itu bagi 2021 pula mencatatkan penghantaran seramai 1,184 individu dan hanya 90 individu berjaya dihantar pulang tahun ini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



ADVERTISEMENT







Berita Popular


Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            

Daily Express TV