Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


MP sokong suara Borneo di parlimen
Published on: Wednesday, October 05, 2022
Text Size:

MP sokong suara Borneo di parlimen
ONGKILI dan Wan Junaidi merakam kenangan bersama ahli-ahli Parlimen Borneo selepas sesi taklimat khas itu.
Kuala Lumpur: Ahli Parlimen (MP) Sabah dan Sarawak menyokong idea penubuhan kaukus Borneo untuk bekerjasama dari segi politik dan mempunyai satu suara untuk menyokong dan mengukuhkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), dan bakal Perdana Menteri.

Bercakap selepas taklimat khas kepada Ahli Parlimen Borneo di luar persidangan Parlimen, Selasa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata ini antara isu yang dibangkitkan, selain perkara berkaitan cadangan untuk mengembalikan peruntukan 35 peratus kerusi kepada Malaysia Timur.

“Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak menyokong penuh idea bahawa kita harus mempunyai suara yang sama untuk melindungi dan melaksanakan prinsip dan asas MA63 dan hak bersuara untuk menentukan siapa yang patut menjadi Perdana Menteri seterusnya,” katanya.

Ongkili menegaskan bahawa Ahli Parlimen Borneo juga menyentuh kemungkinan untuk menginstitusikan Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak untuk menawarkan kerangka tetap untuk melaksanakan semua tugasnya, serta membentuk Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi meneruskan saranan Majlis Khas MA63 (MKMA63) yang telah dipersetujui sepenuhnya oleh Jemaah Menteri dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kami berpuas hati dengan reaksi dan maklum balas yang kami terima daripada Ahli Parlimen, yang datang daripada blok kerajaan dan pembangkang. Ia adalah sesi interaktif.

“Langkah seterusnya ialah merasmikan kerjasama politik dan potensi hubungan kerja dalam kalangan parti-parti Borneo.

“Isu yang dibangkitkan adalah kepentingan umum dan dekat di hati kami. Ini adalah permulaan dan sejarah dalam pembikinan. Ahli Parlimen Borneo mahu membuat perubahan mengenai hala tuju dan fokus kepada politik negara Malaysia,” katanya.

Turut hadir pada sesi taklimat itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang memberi taklimat kepada Ahli Parlimen mengenai perspektif undang-undang dan langkah ke hadapan berhubung gesaan menambah kerusi parlimen bagi Sabah dan Sarawak, di samping mengenai beberapa isu berkaitan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here