ENAM bakat kelahiran pertandingan Bintang P. Ramlee dari Sabah dan Sarawak bergabung suara menerusi lagu raya, Seri Lebaran.
Buat pertama kalinya Salman Bujang, Asz Marzuki, Ayung Yanie, Nurul, Opiee Ramlee dan Hanz bergabung menyanyikan lagu ciptaan sepenuhnya Khairul Tujuh itu.
Hanz yang juga penyelaras projek berkata, dia bersyukur impian untuk bergabung dengan rakan-rakan peserta Bintang P Ramlee menghasilkan lagu raya akhirnya dapat dipenuhi.
“Projek lagu raya ini sebenarnya sudah dirancang sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Advertisement





