Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Bantu rakyat luar bandar daftar Padu
Published on: Friday, March 15, 2024
By: Jinius Pandakin
Text Size:

 Bantu rakyat luar bandar daftar Padu
PENDUDUK Kg Ranau-Ranau  sedang berurusan dengan pegawai  pendaftar sistem Padu. 
SIPITANG: Pembukaan kaunter fizikal Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) di peringkat kampung memudahkan rakyat yang tinggal di luar bandar mendaftar dalam sistem berkenaan.

Sehubugan itu, penduduk Kampung Ranau-Ranau di sini turut mendapat khidmat pendaftaran secara manual selain pendaftaran secara dalam talian.

Pengerusi JawatanKuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Andrew Abai berkata, pendaftaran oleh Jabatan Perangkaan Malaysia berlangsung di Dewan Serbaguna Kg itu pada Rabu.

Menurut Andrew, matlamat pelaksanaan pendaftaran Padu itu adalah untuk memastikan rakyat yang layak tidak tercicir untuk menerima manfaat daripada subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial.

Padu dilancarkan pada 2 Jan lepas dibuka kepada orang ramai bertujuan untuk membuat kemas kini sehingga 31 Mac ini dengan fasa dua dijangka bermula April sehingga Jun 2024.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here