Jabatan Penjara Sandakan agih 650 kontena bubur lambuk
Published on: Saturday, March 16, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:
AB Nasif mengagihkan bubur lambuk kepada salah seorang pemandu.
SANDAKAN: Sebanyak 650 kontena bubur lambuk diagihkan oleh Jabatan Penjara Sandakan kepada penduduk sekitar sempena bulan Ramadan pada Jumaat.
Menurut Pengarah Jabatan Penjara Sandakan, AB Nasif Sarahan, aktiviti itu diadakan Jabatan Penjara Sandakan setiap kali tibanya bulan Ramadan.
ADVERTISEMENT
“Bubur lambuk ini disediakan oleh banduan dalam penjara dan kakitangan Jabatan Penjara Sandakan dan pengagihannya dijalankan bersama warga jabatan dan Orang Di Parol.
“Kita anggap ini satu sumbangan kepada masyarakat sekaligus membawa mesej kepada orang awam tentang keprihatihan Jabatan Penjara Sandakan.
“Ini juga sebahagian daripada program pemulihan banduan dalam penjara khasnya dari sudut agama,” katanya selepas pengagihan bubur lambuk kepada pengguna jalan yang melalui laluan hadapan Jabatan Penjara Sandakan, Jumaat.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.