Tue, 21 May 2024

HEADLINES :


Jabatan Air baiki paip rosak di Beaufort, Inanam
Published on: Tuesday, April 30, 2024
By: Sidney Skinner
Text Size:

Jabatan Air baiki paip rosak di Beaufort, Inanam
SALAH seorang kakitangan agensi itu bersiap sedia untuk memotong asfalt di Lorong Ujana Kingfisher 15.
JABATAN Air secara proaktif cuba menghalang paip agihan utamanya di Beaufort daripada mengalami sebarang kebocoran dan bersiap sedia untuk menangani paip rosak di sebuah kejiranan di Inanam.

Tindakan ini susulan aduan mengenai bekalan tidak menentu di Kg Jempangah, berhampiran pekan Beaufort, dan di Taman Kingfisher.

Seorang pengguna dari kampung itu dan dua yang lain dari Inanam memberikan Hotline dengan butiran mereka, termasuk tarikh ketika mereka tidak mempunyai air paip. Maklumat ini kemudian dikemukakan kepada agensi terbabit.

Jurucakap jabatan itu berkata pejabatnya di Beaufort menerima beberapa laporan mengenai “geiser” yang boleh dilihat beberapa meter di sekitar jalan menuju ke Kg Jempangah pada Khamis.

GEISER air yang memancut naik melalui paip pecah dapat dilihat beberapa meter di sekitar bahagian jalan ini menuju ke Kg Jempangah.

“Semakan awal mendapati satu bahagian paip agihan 300 milimeter (mm) telah pecah,” katanya.

“Lekapan pada paip terlepas secara tidak sengaja ekoran tekanan tinggi air terawat yang disalurkan ke kawasan itu dari takungan R3 kami berhampiran pekan lama.”

Katanya, bekalan daripada R3 ditutup buat sementara waktu pagi itu bagi membolehkan juruteknik jabatan menangani paip simen keluli lembut (MSCL) yang rosak.

“Sebuah jengkaut dikerahkan untuk memudahkan kerja-kerja pembaikan kecemasan, sebahagian daripadanya melibatkan menggali ke dasar sedalam 11 meter untuk mencapai satu lagi paip yang tertimbus di bawah jalan.”

Notis mengenai paip rosak itu disebarkan melalui media sosial setengah jam sebelum pembaikan bermula pagi itu, menurutnya.

Selain di Kg Jempangah, kampung lain yang terjejas akibat kebocoran itu ialah Kg Cina, Kg Bingkul, Kg Melulugus, Kg Klias 1, Kg Klias 2, Kg Klias 3, Kg Klias 4, Kg Kubu 1, Kg Kubu 2, Kg Pintas , Kg Bakalau dan Kg Memanjang.

Penjawat awam di beberapa pejabat kerajaan antaranya Majlis Daerah, Pejabat Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah, Bangunan Mahkamah dan Kompleks Sukan turut mengalami masalah itu.

Berek Bomba dan Penyelamat, kuarters kerajaan, Hospital Beaufort, Masjid Daerah dan SMK Beaufort 1 tidak terkecuali daripada masalah bekalan.

Antara hartanah komersial yang terjejas ialah Beaufort Central, Wisma Arjuna dan kedai-kedai di Pekan Beaufort Lama, manakala hartanah kediaman yang terjejas termasuk Taman San Min dan Taman Lo Chung.

Jurucakap itu berkata pembaikan pada paip MSCL disiapkan pada malam yang sama.

Bagaimanapun, katanya, ia mengambil masa antara dua hingga tiga hari sebelum semua kawasan terjejas pulih daripada gangguan itu.

“Pengguna yang tinggal dan bekerja lebih dekat dengan paip agihan utama kami tidak perlu menunggu begitu lama.

“Mereka yang rumah dan kedainya terletak di tempat yang lebih tinggi atau di hujung saluran paip, sebaliknya, mendapat semula bekalan mereka selepas hari ketiga.”

Mengenai masalah di Inanam, seorang lagi jurucakap berkata Jabatan itu akan meningkatkan usaha untuk menyelenggara lekapan dan paipnya di sepanjang jalan perumahan di kawasan Kingfisher.

“Sebatang paip MSCL 150mm yang rosak di Lorong Ujana Kingfisher 15 menjadi punca bekalan sekali sekala di beberapa bahagian kejiranan itu,” katanya.

“Kakitangan kami mengetahui tentang kebocoran itu selepas kami dimaklumkan oleh media bahawa pemilik rumah di Lorong Kingfisher 21 dan Lorong Ujana Kingfisher 11 tidak menerima air paip sejak beberapa hari lalu.”

JURUTEKNIK Jabatan bekerja sehingga malam untuk mencapai paip ini yang tertimbus kira-kira 11 meter di dasar jalan.

Dia berkata agensi itu sedang bersiap sedia untuk memulakan pembaikan yang diperlukan.

“Salah seorang juruteknik kami mula mengukur panjang jalan yang perlu digali pada Isnin.

“Kami akan memantau kemajuan kerja ini untuk memastikan bekalan dipulihkan kepada pengguna terjejas secepat mungkin.”

Jurucakap itu berkata kebocoran berkenana turut menimbulkan masalah air di Lorong Kingfisher 22 dan 23, serta Lorong Ujana 12, 13 dan 14.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here