Thu, 9 May 2024

HEADLINES :


Kes bunuh pemandu e-hailing: Bekas isteri, adik tiri didakwa
Published on: Saturday, April 27, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:

Kes bunuh pemandu e-hailing: Bekas isteri, adik tiri didakwa
NURIMA (kanan) dan Sadam diiring keluar dari kamar mahkamah selepas prosiding pada Jumaat.
TAWAU: Bekas isteri kepada pemandu e-hailing Nurman Bakaratu, yang mayatnya ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di sini tahun lepas, didakwa atas tuduhan membunuhnya, Jumaat.

Nurima Juli, 34, didakwa bersama adik tirinya, Sadam Kiram, 30.

Kedua-dua tertuduh mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin. Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara sehingga 40 tahun dan sekurang-kurangnya 12 sebatan rotan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan 6 Jun untuk sebutan.

Menurut tuduhan, Nurima dan Sadam didakwa menyebabkan kematian Nurman di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Batu 5 Jalan Apas, dekat sini, antara jam 7.30 malam hingga 11.30 malam, pada 13 Januari 2023.

Lapan orang yang didakwa bersubahat dan membunuh Nurman dibebaskan pada 25 Januari selepas pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan selepas Nurima, saksi utama pendakwaan, mengaku membunuh bekas suaminya itu dengan sepasang gunting di dalam kereta Myvi mangsa.

Antara lapan individu itu adalah bekas Ketua Staf Perisikan Esscom, SAC Datuk Mat Zaki Md Zain.

Terdahulu, Fakhrurrazi memohon supaya pertuduhan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan terhadap Sadam yang didengar di mahkamah sama sebelum ini, digugurkan berikutan pertuduhan baharu terhadapnya pada Jumaat.

Pada prosiding tersebut, dia tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-kedua tertuduh dan memohon tarikh baharu untuk sebutan semula sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pada 24 Ogos tahun lalu, Sadam yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, dihadapkan di Mahkamah Majistret atas tuduhan melupuskan barang bukti membabitkan kes bunuh Nurman.

Dia didakwa melupuskan bukti iaitu gunting dan dompet milik Nurman di Jambatan Sungai Kinabutan Besar, Jalan Apas, dekat sini, antara jam 7.30 malam hingga 11.30 malam, pada hari sama.

Sementara itu, Nurima pernah didakwa di mahkamah sama pada 30 Januari 2023 mengikut Seksyen 302 sebelum dijadikan saksi utama pendakwaan kes bunuh berprofil tinggi.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here