Sat, 18 May 2024

HEADLINES :


Rasuah: Bekas pegawai eksekutif dipenjara, denda
Published on: Saturday, May 04, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Rasuah: Bekas pegawai eksekutif dipenjara, denda
AWANG (kiri) bersama peguamnya Zahir (kanan) meninggalkan mahkamah selepas prosiding.
Kota Kinabalu: Seorang bekas pegawai eksekutif berusia 48 tahun dipenjara 14 tahun dan denda berjumlah RM255,000 atas 14 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM50,500 pada 2017 dan 2018.

Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga menjatuhkan hukuman itu ke atas Awang Saifudin Jumat selepas memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah terhadap Awang.

Awang didapati bersalah atas 14 pertuduhan dikenakan ke atasnya pada Jumaat.

Atas pertuduhan pertama, Awang, selaku Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Putatan (MDP), didenda RM10,000 atau penjara tiga bulan kerana menerima rasuah RM1,500 daripada Zaiton Abdul Hamid melalui akaun perbankannya sebagai dorongan untuk menyediakan kerja-kerja pembaikan, bekalan dan perkhidmatan di MDP kepada Zaiton dari 2016 hingga 2018.

Kesalahan itu dilakukan pada 15 Nov 2017 di Maybank Putatan.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didenda RM10,000 atau penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan kerana menerima suapan RM2,000 pada 21 Nov dan RM2,000 lagi pada 2 Dis 2017 daripada Zaiton bagi tujuan sama di  tempat yang sama.

Bagi pertuduhan keempat hingga kesembilan, Awang didenda RM15,000 atau penjara tiga bulan untuk setiap pertuduhan menerima rasuah RM3,000 daripada Zaiton atas tujuan sama antara 7 Jan dan 21 Feb 2018, juga di Maybank Putatan.

Bagi pertuduhan ke-10, dia diperintahkan membayar denda RM12,500 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu kerana menerima RM2,500 daripada Zaiton bagi tujuan sama pada 26 Feb, 2018 di tempat yang sama.

Untuk pertuduhan ke-11, dia diperintahkan membayar denda RM37,500 kerana menerima rasuah RM7,500 daripada Zaiton bagi tujuan sama pada 1 Feb 2018 di tempat sama.

Atas pertuduhan ke-12 dan ke-13, Awang didenda RM20,000 dan RM15,000 kerana mendapat rasuah RM4,000 dan RM3,000 daripada Zaiton bagi tujuan sama pada 7 dan 9 Feb, 2018 di tempat yang sama.

Untuk pertuduhan ke-14, dia didenda RM50,000 kerana menerima satu lagi rasuah sebanyak RM10,000 daripada Zaiton bagi tujuan sama pada 11 Feb 2018 di tempat sama.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara dijalankan serentak.

Permohonan Awang untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu dibenarkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Dia disabitkan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.

Lapan belas saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil sepanjang perbicaraan.

Pegawai Pendakwa SPRM Rekhraj Singh melakukan pendakwaan manakala peguam Zahir Shah mewakili Awang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here