Kota Kinabalu: Seorang remaja berusia 18 tahun didakwa merogol seorang perempuan bawah umur.
Remaja itu mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim, terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
Bagaimanapun, hukumannya ditangguhkan kepada 23 Mei sementara menunggu laporan sosialnya.
Dia didakwa merogol remaja perempuan berusia 15 tahun dan 10 bulan itu jam 12.47 tengah malam, 6 Jan tahun ini di sebuah dewan serbaguna di Sipitang.
Kesalahan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah memerintahkan remaja itu direman sementara menunggu tarikh tersebut.
Timbalan Pendakwa Raya Atiqa Nazihah Azmi tampil untuk pendakwaan manakala remaja itu tidak diwakili.