SANDAKAN: Sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra, Batu terbakar pada petang Rabu
(gambar).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Saverinus Sainkui berkata satu pasukan dari 15 anggota dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan jam 1.56 petang menerusi MERS999.
“Semasa tiba di lokasi kejadian, kami mendapati sebuah rumah yang terletak di tingkat 4 PPR Taman Mesra sedang terbakar.
“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki dari sumber air jentera bomba.
“Tindakan pantas anggota nerjaya memadamkan kebakaran dari merebak ke rumah berhampiran,” katanya, dan menambah, operasi tamat jam 2.30 petang.
Kebakaran itu memusnahkan sebuah bilik di dalam rumah tersebut, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat. Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.