Mon, 13 May 2024

HEADLINES :


Ternak kelulut bantu jana pendapatan
Published on: Thursday, July 11, 2019
By: Ibrahim Tabir
Text Size:

Ternak kelulut bantu jana pendapatan
KUNAK: Menternak kelulut mampu menjana pendapatan tambahan. Selain kehebatan khasiatnya, madu kelulut juga dijadikan penawar untuk beberapa penyakit.

Seorang pengusaha Madu Kelulut di Kg Skim Cocos, Rosley Edemus berkata, penglibatannya dalam bidang ternak kelulut bermula pada September 2018.

“Saya gunakan kawasan halaman kosong di belakang rumah sebagai tempat ternakan kelulut dan hasil tuaian madu kelulut ini dibungkus dengan jenamah Bossley,” katanya kepada Harian Ekspres.

Dengan modal sendiri tenpa bantuan mana-mana agensi, Rosley berkata beliau tidak mempunyai sebarang kepakaran atau kemahiran pada peringkat awal penglibatannya menternak kelulut.

Bagaimanapun, beliau banyak melihat kejayaan orang lain dan pernah ke luar daerah melihat bagaimana mereka yang telah berjaya dalam bidang itu sehingga mampu menjana pendapatan yang memberangsangkan.

“Saya cuba memberanikan diri untuk memulakan aktiviti ternak kelulut, untuk rancangan jangka panjang prosuk madu kelulut mungkin akan dipasarkan di seluruh Sabah dan luar negeri ini, InsyaAllah,” katanya.

Ketika ini madu kelulut Bossley dipasarkan dalam kalangan keluarga, sahabat dan warga kampung dan sekitar Kunak di sini selain individu atau pelanggan yang mahu membeli produk itu daripada beliau sama ada secara dalam talian atau datang terus ke lokasi.

Menurut Rosley, beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian, Pertubuhan Peladang dan Mardi serta orang perseorangan pernah membuat kunjungan ke lokasi ternakan madu kelulutnya di Kg skim yang diusahakan bersama oleh isteri dan anaknya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here