Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Terus doakan kesembuhan Zydee: Kozae
Published on: Monday, September 27, 2021
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:

Terus doakan kesembuhan Zydee: Kozae
ZYDEE (kiri) dimasukkan ke ICU di Hospital Queen Elizabeth, Jumaat lepas.
ORANG ramai diminta terus mendoakan kesihatan dan kesembuhan anggota kumpulan One Nation Emcees, Zydee Edris, 40, yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), Hospital Queen Elizabeth II di Kota Kinabalu pada Jumaat lepas.Anggota kumpulan itu, Kozae Murtaza berkata setakat pagi Ahad, dia difahamkan Zydee dalam keadaan stabil dan sudah pun dipindahkan ke wad lain.

“Alhamdulillah, dia sudah sedar sikit-sikit. Cuma dia masih lagi dalam keadaan lemas, daya ingatan masih lemah dan doktor pun perlu menidurkannya supaya dia boleh mendapatkan rehat.

“Petang tadi (Ahad), saya ada menghubungi ibu Zydee. Ibunya mengharapkan orang ramai dapat terus mendoakan kesembuhan Zydee.

“Ketika ini, dia berada di rumah kerana pihak hospital masih belum membenarkan sesiapa untuk melawat dan menjaga Zydee,” katanya kepada Hiburan Ekspres, Ahad. Difahamkan, Zydee dimasukkan ICU selepas diserang angin ahmar akibat pendarahan dalam otak.

Kozae berkata kejadian berlaku pada Jumaat lepas ketika Zydee dirawat di hospital itu. Sebelum ini, katanya, Zydee mengadu kurang sihat dan minta dibawa ke hospital.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here