Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Dadah: 14 orang dijel, didenda
Published on: Saturday, October 01, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Dadah: 14 orang dijel, didenda
Thomas, Shafwan, Lydia, Hilaryius, Samsul, dan Juanson masing-masing dipenjara enam bulan, Arisin dan Ahmad masing-masing dipenjara dua bulan dan didenda RM1,500 atau empat bulan penjara. Sharifa didenda RM2,000 atau penjara lima bulan manakala Marsilus didenda RM1,800 atau penjara lima bulan.
Kota Kinabalu: 14 orang dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis kerana melakukan kesalahan berkaitan dadah.

10 daripada mereka - Thomas Yusop, Md Shafwan Mustapa, Lydia Elton, Hilaryius Hanery, Md Samsul Ahmad, Juanson Oloi, Arisin Simbi, Ahmad Safri, Sharifa Sharil dan Marsilus Elizius mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles kerana mengambil dadah.

Mereka ditahan di lokasi berbeza di sini dan di Penampang antara 30 Jun dan 25 Julai tahun ini, selepas didapati positif dadah jenis syabu dan amfetamin, kata pihak pendakwaan memberitahu mahkamah.

Thomas, Shafwan, Lydia, Hilaryius, Samsul, dan Juanson masing-masing dipenjara enam bulan, Arisin dan Ahmad masing-masing dipenjara dua bulan dan didenda RM1,500 atau empat bulan penjara. Sharifa didenda RM2,000 atau penjara lima bulan manakala Marsilus didenda RM1,800 atau penjara lima bulan.

Mengambil dadah mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, empat lagi - Jimmy Robert, Sherwin Rudy, Hasan Ajud dan Md Zulmyzal Zakaria, secara berasingan mengaku memiliki syabu dengan berat antara 0.13 gram dan 0.10 gram di lokasi berbeza di Inanam, Manggatal dan Sembulan Tengah di sini.

Jimmy dipenjara 11 bulan, Sherwin dan Hasan masing-masing dipenjara sembilan bulan manakala Zulmyzal didenda RM2,300 atau penjara tujuh bulan.

Pertuduhan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952  itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Kelvan Elson Maik.

Dalam kes lain, seorang lelaki berusia 53 tahun dipenjara sehari dan didenda RM10,000 atau penjara dua bulan kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Chung Ten Fook mengaku melakukan kesalahan itu pada jam 1.15 pagi 22 Mei tahun ini di Jalan Bundusan, di hadapan restoran McDonald’s, di Penampang.

Mahkamah turut memerintahkan Chung dilucutkan kelayakan memegang dan mendapatkan lesen memandu selama dua tahun mulai Khamis.

Pertuduhan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu memperuntukkan hukuman denda antara RM1,000 dan RM6,000, atau penjara sehingga 12 bulan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Trafik Inspektor Mohd Firdaus Che Mustafa.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here