Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Kes bunuh pemandu Grab: Tertuduh diberi DNAA
Published on: Wednesday, February 01, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Kes bunuh pemandu Grab: Tertuduh diberi DNAA
AMRU (tengah) mengucapkan terima kasih kepada Chew (kanan) dan Aida di luar bilik pembicaraan.
Kota Kinabalu: Salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan seorang pemandu Grab di Tuaran empat tahun lalu, dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan itu, pada Selasa.

Hakim Mahkamah Tinggi Leonard David Shim membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan memohon agar warga tempatan Amru Al Asy Japri, 30, yang merupakan tertuduh kedua, diberi DNAA.

Amru didakwa bersama dengan tertuduh pertama iatu warga Filipina tanpa dokumen Arsit Indanan, 26, atas tuduhan membunuh Mohammad Hanafiee Jaffar, 27, di dalam sebuah kereta Proton Saga FLX antara jam 4 pagi dan 5 pagi pada 25 Mei 2019 di tepi Jalan Marabahai di Tuaran.

Arsit dan Amru pada 23 Sept 2021 meminta dibicarakan terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu, yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mereka telah direman sejak itu kerana pertuduhan terhadap mereka tidak mempunyai peruntukan untuk jaminan.

Pada Selasa, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Azreen Yas Mohamad Ramli terdahulu memberitahu mahkamah bahawa hari itu adalah untuk sebutan bagi memaklumkan mahkamah mengenai status surat representasi oleh peguam Amru, dan pihak pendakwaan telah menerima surat tersebut.

“Representasi diterima dan meminta pertuduhan terhadap tertuduh kedua ditarik balik,” Timbalan Pendakwa Raya Azreen memohon.

Peguam Amru, Dominic Chew dan Aida Jaafar Mad Ariff memohon agar dia dilepaskan serta dibebaskan, dan mengemukakan kes-kes diputuskan untuk menyokong hujah mereka.

Apabila ditanya oleh mahkamah, pihak pendakwaan berkata tidak ada kemungkinan untuk Amru didakwa semula atas tuduhan membunuh kerana arahannya adalah untuk menarik balik pertuduhan dan mendapatkan DNAA.

DPP Azreen juga memberitahu mahkamah bahawa Amru akan menjadi saksi bagi pihak pendakwaan dalam perbicaraan dan sekiranya dia melarikan diri atau tidak dapat dikesan, pihak pendakwaan akan mendakwanya semula.

Pihak pendakwaan juga memaklumkan mahkamah bahawa arahan untuk Arsit adalah untuk meneruskan kes itu.

Leonard dalam memberikan Amru DNAA, memberitahu peguamnya untuk memastikan dia tidak akan melarikan diri.

“Pertuduhan terhadap tertuduh kedua ditarik balik dan dia dilepaskan tanpa dibebaskan,” kata Leonard.

Hakim menetapkan 8 – 12 Mei untuk perbicaraan Arsit.

Amru juga diberitahu bahawa dia akan menjadi saksi pendakwaan semasa perbicaraan itu.

Peguam Muhamad Amirul Amin menggantikan peguam Mohd Ari Nadzrah Abd Rahman, yang mewakili Arsit.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here