Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Kempunan gelaran ‘Datuk Seri’, kontraktor rugi RM571,000
Published on: Friday, May 26, 2023
By: FMT
Text Size:

Kempunan gelaran ‘Datuk Seri’, kontraktor rugi RM571,000
Ketua Polis Pahang Yahaya Othman, berkata suspek memperdaya mangsa supaya memberikan sumbangan kononnya bagi beberapa program dibuat pihak istana.
PETALING JAYA: Seorang kontraktor kerugian RM571,000 selepas terpedaya dengan tawaran gelaran “Datuk Seri” oleh individu yang menyamar sebagai Datuk Pengelola Bijaya Istana Pahang, sejak Februari lalu.

Ketua Polis Pahang Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan, lelaki berusia 63 tahun itu dihubungi suspek yang mendakwa mempunyai kuota untuk anugerah kebesaran negeri kepada mangsa.

“Suspek mendakwa mempunyai enam kuota anugerah kebesaran terbabit. Mangsa dimaklumkan hanya perlu buat sumbangan program istana tanpa apa-apa bayaran. Mangsa berminat dan turut mempelawa empat kenalannya untuk mendapatkan gelaran berkenaan.

“Bermula Februari lalu hingga bulan ini, suspek meminta mangsa memberi sumbangan untuk beberapa program yang kononnya dibuat pihak istana. Mangsa menyalurkan RM571,000 melalui 32 transaksi ke lima akaun bank berbeza.

“Sumber kewangan mangsa hasil kutipan dan wang simpanannya bersama rakan. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya menurut Bernama.

Justeru, Yahaya menasihatkan orang ramai menerima panggilan meragukan untuk segera membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkaitan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

“Buat semakan nombor akaun dan nombor telefon diterima di pautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here