Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Wanita maut dipercayai ditikam bekas tunang
Published on: Wednesday, May 31, 2023
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:

Wanita maut dipercayai ditikam bekas tunang
Polis menghantar mayat mangsa ke hospital. - Sumber: Info X 
Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 22 tahun maut ditikam lelaki dipercayai bekas tunangnya di sebuah premis di sebuah pusat beli-belah di Jalan Haji Saman, di sini, Isnin.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, wanita itu ditemui terbaring di atas lantai premis berkenaan dengan beberapa kesan tikaman di badannya.

Pada masa sama, suspek berusia 33 tahun yang masih berada di lokasi kejadian ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Timbalan Ketua Polis Bandaraya Superintendan Kalsom Idris berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu dikerahkan ke lokasi sebaik menerima laporan kejadian itu.

Sebaik tiba di lokasi, beliau berkata mangsa didapati masih bernafas dalam keadaan berlumuran darah dan pegawai perubatan segera memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR).

Bagaimanapun, Kalsom berkata mangsa disahkan meninggal dunia dan pemeriksaan awal mendapati beberapa kesan tikaman di badannya.

“Pasukan polis turut menahan seorang lelaki yang juga bekas tunang mangsa untuk siasatan lanjut.

“Kami juga merampas sebilah pisau dipercayai digunakan suspek,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Kalsom berkata polis masih menjalankan siasatan berhubung kes itu termasuk mengenal pasti motif kejadian.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Sepasukan polis dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah turut berada di tempat kejadian.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here