Fri, 17 May 2024

HEADLINES :


Buruh didakwa rogol sepupu, 11
Published on: Tuesday, April 30, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Buruh didakwa rogol sepupu, 11
Dia didakwa di bawah Seksyen 376 (3)(e) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lapan dan 30 tahun, dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan rotan, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang buruh berusia 21 tahun didakwa merogol sepupunya yang di bawah umur.

Lelaki itu mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan.

Bagaimanapun, hukumannya ditangguhkan kepada 2 Mei sementara menunggu laporan perubatan.

Lelaki itu didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun terbabit jam 4 pagi, pada 18 April di bilik tidur sebuah rumah di Papar.

Dia didakwa di bawah Seksyen 376 (3)(e) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lapan dan 30 tahun, dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan rotan, jika sabit kesalahan.

Sementara menunggu tarikh itu, mahkamah memerintahkan lelaki berkenaan direman lanjut.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim melakukan pendakwaan manakala lelaki itu tidak diwakili peguam.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here