SOOK: Junesia Nesious, 20, dimahkotakan Unduk Ngadau Kaamatan Sook 2024 yang berlangsung di dewan masyarakat di sini pada Ahad.
Junesia yang memperagakan pakaian tradisi Dusun “Binongkoh” mengenepikan lapan peserta akhir lain.
Gadis berketurunan Dusun berasal dari Kampung Mantanid itu bertugas sebagai kerani di salah sebuah syarikat di sini.
Naib johan disandang oleh Arnie Gibson 18, dari Kampung Liposu yang memperagakan pakaian tradisi Dusun “Sinombiaka Rombituon”
Memperagakan pakaian tradisi Dusun ‘Binongkoh’, Alvianney Anthony 26, dari Kampung Papar Baru Sook memenangi tempat ketiga.
Bercita-cita menjadi ahli perniagaan, Alvianney kini bertugas sebagai setiausaha pemindahhakan.
Advertisement
_300_x_250_px_(DE).gif)
Sementara itu tempat keempat hingga ketujuh masing-masing disandang oleh Grace Jorest Josip, Jennyfer Severinus, Hawley Kathleen Robert dan Jesse Deone Jeoffery
Pesta Kaamatan peringkat Daerah ini dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sook.
Seramai 16 gadis dari sekitar daerah ini menyertai pertandingan yang menjadi acara kemuncak sempena sambutan Pesta Kaamatan itu.