HEADLINES :


ADVERTISEMENT




Lelaki rogol anak kandung kena 25 tahun, 10 sebatan
Published on: Wednesday, March 20, 2019
By: Cynthia D Baga

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan berumur 35 tahun yang merogol anak perempuannya 10 kali sejak tahun lepas, dipenjara 25 tahun dan dikenakan 10 sebatan rotan.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu kepada penyelia sebuah kilang plastik selepas dia mengaku bersalah kepada tuduhan terhadapnya itu pada Selasa.

Dia merogol anaknya yang berusia 12 tahun itu pada pukul 3 petang 10 Mac tahun ini di sebuah rumah di sebuah kampung di Kinarut, Papar.

Kesalahan di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara lapan dan 30 tahun, serta sebatan sekurang-kurangnya 10 kali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap.

Sebelum menjatuhkan hukuman itu, mahkamah menyatakan, sebagai bapa mangsa, lelaki itu bertanggungjawab menjaganya tetapi sebaliknya mengambil kesempatan dengan merogol mangsa.

Semasa rayuan, lelaki yang tidak diwakili itu meminta hukuman ringan, mengatakan dia mempunyai dua lagi anak kecil yang perlu dijaga.

Dia memberitahu mahkamah bahawa rumah di mana keluarganya tinggal sekarang ini adalah rumah pekerja kilang, dan jika dia dipenjarakan, keluarganya tidak akan ada tempat tinggal.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan atas sebab lelaki itu telah melakukan jenayah yang amat kejam terhadap anaknya sendiri.

Megat menambah bahawa mangsa mengalami trauma akibat insiden itu. Dia berkata hukuman berat itu mengambil kira kepentingan awam dan juga mencegah orang lain daripada melakukan kesalahan serupa.

Mahkamah mendengar bahawa pada 11 Mac tahun ini, insiden itu terbongkar apabila mangsa mendedahkan perkara bahawa bapanya telah merogolnya kepada ibunya, dan ibunya kemudian membuat laporan polis terhadap lelaki itu.

Siasatan lanjut mendedahkan bahawa semasa insiden itu, ibu dan dua lagi adik mangsa tidak ada di rumah dan mangsa cuba melawan bapanya tetapi gagal.

Mangsa mendedahkan bahawa bapanya telah merogolnya kira-kira 10 kali sejak tahun lepas, di mana bapanya akan memujuk sebelum merogolnya di beberapa tempat termasuk di hutan dan kilang di mana dia bekerja.

Bapanya juga memberi amaran kepada mangsa supaya tidak memberitahu orang lain mengenai insiden itu, kalau tidak, mangsa akan dimarahi oleh ibunya.

Mangsa merupakan anak sulung daripada tiga beradik.



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular