Thu, 4 Jun 2026
Headlines:
Penunggang motosikal maut, pembonceng patah kaki
Published on: Friday, March 22, 2019
Published on: Fri, Mar 22, 2019
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Penunggang motosikal maut, pembonceng patah kaki
TUARAN: Seorang penunggang motosikal maut manakala pemboncengnya patah kaki kanan selepas dirempuh sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi di Jalan Sulaman, Kampung Dungun di sini, malam Rabu lepas.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, dua mangsa lelaki masing-masing berusia 18 tahun dikatakan dirempuh dari arah belakang sebelum salah seorang mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan di lokasi kejadian.

Advertisement
Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Dzulbaharin Ismail yang mengesahkan kejadian berkata, siasatan awal mendapati dua remaja terbabit menaiki motosikal jenis Yamaha Y15ZR keluar dari simpang jalan di Kampung Dungun dan menghala ke Bulatan Kuda.

“Bagaimanapun, sebaik keluar simpang dan memasuki lorong kanan di Jalan Sulaman menghampiri bulatan,  motosikal itu tiba-tiba dirempuh kereta Perodua Myvi dari arah belakang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pemandu lelaki berusia 52 tahun yang memandu keretanya dari simpang Marabahai Spurs dan menggunakan lorong sama ketika itu tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa,” katanya.

Menurut Dzulbaharin, akibat rempuhan itu penunggang tercampak dan maut akibat cedera parah kepala dan badan.

Advertisement
“Manakala bahagian hadapan kereta yang merempuh bahagian belakang motosikal menyebabkan pembonceng patah kaki kanan dan luka di kepala,” katanya, menambah pembonceng itu dikejarkan ke Hospital Tuaran.

Dzulbaharin berkata, pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here