Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Polis tahan dua penagih dengan dua senapang guli
Published on: Friday, March 22, 2019
Published on: Fri, Mar 22, 2019
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Polis tahan dua penagih dengan dua senapang guli
KOTA BELUD: Serbuan pasukan polis di sebuah pondok di Kampung Bangkahak Nayasan, di sini, pada 19 Mac lepas, bukan sahaja menemukan dua penagih lelaki, tetapi juga dua laras senapang buatan sendiri jenis senapang guli.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Supt Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima menerima maklumat daripada orang awam berkenaan kegiatan dua suspek terbabit.

Advertisement
Katanya, sebaik menerima aduan,  pasukan Task Force, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud segera melancarkan operasi serbuan pada jam 11.30 malam.

“Ketika serbuan dijalankan, dua suspek tempatan berusia 38 tahun dan 36 tahun leka menggunakan dadah jenis syabu sebelum kedua-duanya ditahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Malah, selain beberapa paket serbuk hablur jernih (dadah) ditemui, polis turut menemui dua laras senapang guli,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, suspek berusia 38 tahun itu mengaku kedua-dua senjata buatan sendiri itu adalah miliknya dan pernah digunakan beberapa kali bagi tujuan berburu.

Advertisement
“Beberapa paket dadah sudah digunakan dan polis merampas baki dadah sebanyak 0.2 gram yang dianggarkan bernilai RM50 dan dua laras senapang berkenaan.

“Kedua-dia suspek direman bermula hari ini (Khamis) namun siasatan kes masih diteruskan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 8 (1) Akta Senjata 1960 (Akta 206),” katanya. 
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here