Sun, 12 May 2024

HEADLINES :


Sairin gesa ahli Umno Keningau sertai Bersatu
Published on: Friday, March 29, 2019
By: Johan Aziz
Text Size:

Sairin gesa ahli Umno Keningau sertai Bersatu
KENINGAU: Bekas Ketua Umno bahagian Keningau Datuk Haji Sairin Karno mengesa semua ahli parti itu di Keningau untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Katanya migrasi mereka adalah perlu untuk memastikan pembangunan berterusan di kawasan tersebut.

Sairin, yang juga bekas Adun Liawan, meninggalkan Umno tahun lepas bersama beberapa ahli jawatankuasanya untuk menyertai Bersatu.

“Saya percaya melalui Bersatu, rakyat di kawasan ini terutamanya Bumiputera akan lebih baik dibawah kerajaan Pakatan Harapan (PH),” katanya semasa sesi taklimat mengenai penubuhan Bersatu bagi bahagian Keningau yang diadakan di Kampung Purakagis di sini pada Rabu.

Sairin, yang pernah berkhidmat sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, berkata terdapat perbezaan yang signifikan antara Bersatu dan Umno.

Beliau menyatakan kesediaannya untuk memimpin Bersatu di daerah itu walaupun parti itu belum mengumumkan siapa yang akan menjadi ketua pasukan di semua bahagian di Sabah. Dia menjangka perkara itu akan diketahui selepas dilancarkan pada 6 April.

“Saya mengesa rakyat di Keningau untuk kekal bersatu dalam perjuangan melalui Bersatu demi kemajuan bersama.

“Bersatu merupakan parti terbaik setakat ini dan ia adalah platform terbaik untuk rakyat di Keningau untuk menyalurkan masalah mereka kepada Kerajaan,” katanya.

Katanya Keningau akan menghantar sejumlah 500 orang untuk menghadiri majlis pelancaran oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sairin berkata bahawa borang keahlian yang diedarkan baru-baru ini supaya dikembalikan secepat mungkin dan hanya akan diedarkan semula selepas pelancaran tersebut.

“Penubuhan sayap dan cawangan akan dibentuk selepas pendaftaran Bersatu untuk Keningau diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS),” katanya.

“Saya yakin selepas pelancaran itu, semakin ramai orang, terutama ahli Umno dari kawasan ini akan menyertai parti itu,” katanya.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here