Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


NGO tawar urutan badan guna pisau di Pulau Pinang
Published on: Thursday, April 04, 2019
Text Size:

NGO tawar urutan badan guna pisau di Pulau Pinang
GEORGE TOWN: Kebiasaannya urutan badan tidak kira urutan tradisional mahupun Thailand akan menggunakan tangan, namun berbeza dengan perkhidmatan ditawarkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ‘Occupy Beach Street’, di sini apabila pisau digunakan untuk mengurut.

Sukarelawan ‘World Public Welfare Association’, Ong Chong Jin, 64, berkata urutan badan menggunakan pisau atau terapi urutan pisau itu berasal dari negara China, dan beliau mempelajari urutan itu di Taiwan pada tahun 2010.

“Ia satu teknik dari China, sangat traditional. Pada waktu Perang Dunia teknik ini telah wujud. Entah bagaimana ia dilupakan, hilang, dan ditemui semula beberapa tahun kebelakangan ini di Jepun.

“Jadi orang Taiwan pergi ke Jepun dan belajar, dan kita belajar dari Taiwan. Taiwan secara rasminya mengiktirafnya sebagai satu teknik. Perbezaan antara tangan dan pisau ialah pisau keras, tajam dan boleh menyerap apa juga tekanan yang kita kenakan pada badan,” katanya kepada Bernama.

Beroperasi setiap hari Ahad bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari sejak tahun 2015, beliau bersama lapan lagi sukarelawan persatuan itu mempelajari urutan berkenaan di Taiwan menggunakan dua bilah pisau yang ditumpulkan untuk mengurut belakang badan, bahu, kepala dan kaki mengikut permintaan pelanggan.

Ong berkata 20 anggota persatuan itu menjalankan perkhidmatan urutan berkenaan secara bergilir-gilir, dan kebanyakan daripada mereka yang terdiri daripada jurutera, pengurus pemasaran dan sebagainya menjadikan aktiviti itu sebagai kerja sambilan.

Menurutnya, separuh daripada kutipan bayaran yang diperoleh disalurkan kepada badan kebajikan, manakala selebihnya digunakan untuk menjalankan operasi di situ.

“Kami menyumbangkan perkhidmatan ini sebagai alternatif untuk membantu orang ramai jadi sihat. Puratanya, kira-kira 20 ke 30 orang sehari datang untuk urutan ini. Pada mulanya mereka takut sebab ingat pisau ini tajam. Kami bagi pelanggan cuba selama 10 minit dan tunjuk pada mereka. 

“Kebanyakannya selepas menerima urutan ini akan menyatakan urutan ini melegakan kesakitan di bahagian tertentu di badan mereka,” katanya.

Ong berkata antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah urutan bahu, belakang badan, kaki, kepala dan urutan seluruh badan yang berharga antara RM13 hingga RM88 dengan tempoh masa antara 10 minit ke satu jam.

Katanya selain di Lebuh Acheh, beliau turut mempunyai sebuah kedai yang menawarkan perkhidmatan sama di Sungai Petani, Kedah dan dibuka setiap hari. – Bernama

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here