Fri, 5 Dec 2025
Headlines:
Dadah: Bekas ratu cantik, suami didenda RM7,000
Published on: Saturday, April 06, 2019
Published on: Sat, Apr 06, 2019
Text Size:
Text:
Dadah: Bekas ratu cantik, suami didenda RM7,000
Kota Kinabalu: Seorang bekas ratu cantik berumur 28 tahun dan suaminya berumur 32 tahun didenda berjumlah RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat kerana mengambil dadah.

Joanne Kimberley J Majalap dan Mohammad Gadaffie Mohammad Pintaz, 32, mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie kerana melakukan perbuatan itu di sini, pada awal Mac.

Advertisement
Stephanie memerintahkan pasangan itu membayar dengan RM3,500 atau 12 bulan penjara setiap seorang.

Pertuduhan menyatakan bahawa Joanne diuji positif Methylenedioxy (MDA), 3,4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) manakala Mohammad Gadaffie diuji positif ketamine.

SPONSORED CONTENT
By the latest actual performance for September 2025, the total anticipated contract value awarded to Sabahan companies hit RM1.7 billion.
Counsel PJ Perira, yang mewakili pasangan itu, memohon denda dengan alasan bahawa kedua-duanya merupakan pesalah kali pertama dan tidak mempunyai rekod sabitan dan telah memberikan kerjasama penuh dengan polis sepanjang siasatan kes mereka.

“Memandangkan mereka terus mengaku bersalah telah menjimatkan masa mahkamah dan kos saksi datang ke mahkamah, kata Perira, sambil menambah, Joanne merupakan surirumah sepenuh masa manakala Mohammad Gadaffie menguruskan sebuah syarikat pelancongan.

Advertisement
Perira memberitahu mahkamah, bahawa pasangan itu, yang mempunyai seorang anak, sangat menyesal.

Insp Suzie @ Stephanie Kupit, yang melakukan pendakwaan, memohon hukuman setimpal dikenakan.

Advertisement
Mahkamah memerintahkan Joanne dan Mohammad Gadaffie diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.

Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

Mereka membayar denda tersebut.

Di mahkamah sama, dua lelaki dipenjara atas tuduhan berasingan memiliki barangan curi.

Mohd Najib Jumat, 27, dipenjara 18 bulan selepas dia mengaku memiliki dua kamera digital, satu Tab dan satu komputer riba dan sepasang gaun kahwin kepunyaan Lo Kee Min pukul 6 petang pada 1 April di sebuah rumah di Kg Rampayan di Manggatal.

Warga Filipina Ibrahim Apai, 18, dipenjara 12 bulan selepas dia mengaku bersalah memiliki empat jenis alat perkakasan pukul 7.30 malam pada 19 Feb di Kg Monggorok di Inanam.

Kedua-dua Mohd Najib dan Ibrahim, yang tidak diwakili, memohon hukuman ringan.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ibrahim diperintah dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman.

 
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here