Sat, 3 Jan 2026
Headlines:
Upko hasrat pulangkan wang RM1 juta
Published on: Tuesday, April 30, 2019
Published on: Tue, Apr 30, 2019
By: Larry Ralon
Text Size:
Text:
Upko hasrat pulangkan wang RM1 juta
KOTA KINABALU: Upko berada dalam dilema kerana ia mahu memulangkan wang RM1 juta yang diterima daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang masih dalam bentuk Simpanan Tetap dalam akaun bank parti itu, tapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan ia tidak dapat melakukannya kerana akaun terbabit telah dibekukan.

Presiden Upko (Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (gambar), berkata adalah menjadi hasrat parti itu untuk memulangkan wang tersebut jika SPRM membenarkannya agar akaun mereka boleh dinyahbeku.

Advertisement
“Hasrat kami, mereka mahu wang itu semula, kami akan pulangkan wang itu. Jadi saya beritahu SPRM, saya boleh keluarkan cek tapi tolong nyakbeku akaun kami. Tapi mereka berkata, mereka tidak boleh melakukannya kerana akaun kamu (Upko) dibekukan. Dapatkan RM1 juta dari tempat lain.

“Jadi jika itu yang mereka mahu, kami perlu mendapatkannya dari tempat lain, sebelum mereka boleh menyahbeku perkara itu. Kami akan pulangkan,” beliau memberitahu wartawan ketika ditanya selepas menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Komersial dan Teknikal bagi pembangunan Pusat Latihan Aeroangkasa KKIP dan Perjanjian Pembelian Pesawat Cavalon 915 iS di Pacific sutera Harbour, di sini, Isnin.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: A new way of living is on the horizon in Luyang. Astoria, by KTI Group (KTI Landmark Berhad) is now welcoming Astoria, the latest commercial-residential towers within The Logg, an upcoming mixed-use development landmark set to redefine city living in Kota Kinabalu.  .
“Wang (RM1 juta) itu tidak pernah disentuh. Ia adalah untuk program Jalinan Rakyat tapi kami tidak melaksanakannya seperti yang dilakukan oleh Umno. Tapi sekalipun kami ikut sepenuhnya cara Umno melaksanakan (program) Jalinan Rakyat itu, ia mungkin tidak cukup. Ia sepatutnya dilakukan oleh sayap Wanita kami, dari kampung ke kampung, tapi  pengundi kami berada sangat jauh di pedalaman, turun naik bukit, jadi kami tidak mampu melakukannya.

“Jadi kami terpaksa ‘kais pagi makan pagi’ (sejak akaun parti kami dibekukan),” katanya, sambil menambah akaun parti itu dibekukan sejak kerajaan baharu membentuk kerajaan.

Advertisement
Bekas bendahari agung parti itu, Datuk Dr Marcus Mojigoh, dilaporkan sebagai berkata akaun bank parti itu telah dibekukan sejak Jun tahun lepas di tengah-tengah siasatan ke atas skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau berkata, kesan daripada tindakan itu yang beliau gambarkan sebagai “kejam”, parti itu kini sukar untuk menggerakkan program-program dan aktiviti-aktivitinya dan kehidupan pekerjanya juga terjejas.

Advertisement
“Tiada sebab bagi SPRM untuk membekukan akaun kami. Parti ini menderita kerana tiada wang. Kakitangan kami menderita, tiada gaji. Kami perlu bergerak tapi kenderaan tidak boleh bergerak kerana kami perlu menjelaskan bil daripada ahli-ahli kami.

“Tidak adil bagi SPRM untuk melakukan perkara itu. Apa perlunya mereka membekukan semua wang itu? Kalau mahu bekukan, bekukan sahaja jumlah (didakwa wang daripada 1MDB), bukan semua akaun,” katanya.

Mojigoh mengakui, malah akaun bank peribadinya turut dibekukan. Bagaimanapun, katanya, SPRM hanya boleh membekukan akaun itu untuk satu tahun dan akan berakhir pada 26 Jun tahun ini.

Parti itu mungkin akan mendapat semula sebahagian wangnya tidak lama lagi. “Kami bercakap kepada SPRM dan mereka bersetuju untuk mengembalikan sebahagian wang itu. Saya ucapkan tahniah kepada mereka dan saya berharap mereka akan melakukannya secepat mungkin.

Upko, sebelum ini parti komponen Barisan Nasional tetapi meninggalkan pakatan itu susulan kekalahan pada pilihan raya umum lepas, adalah antara 15 penerima cek berjumlah lebih RM10.77 juga dikeluarkan di bawah dua akaun AmIslamic yang berdaftar atas nama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berdasarkan dokumen-dokumen yang dikemukakan di mahkamah sebelum ini.

Najib berdepan tiga pertuduhan Pecah Amanah Jenayah (CBT) dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasanya berhubung dana berjumlah RM42 juta dikaitkan dengan SRC International.

Beliau turut berdepan tiga pertuduhan penggubahan wang haram ke atas dana sama. 

Mojigoh, yang merupakan saksi ke-15 dalam perbicaraan Najib yang sedang berjalan, mengesahkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa parti itu menerima cek tersebut bertarikh 13 Februari, 2015.

Tapi, katanya, dana itu adalah untuk tujuan-tujuan berkaitan parti selepas satu siri mesyuarat Barisan Nasional (BN) tahun lepas.

Beliau juga memberitahu mahkamah, beliau faham bahawa peruntukan bagi tujuan kebajikan sosial di bawah aktiviti parti politik harus datang bukan daripada dana BN sendiri, bukan daripada kerajaan.

Bekas sekutu Upko dalam BN, Umno, juga menyaksikan akaun-akaun banknya dibekukan. 

Bulan lepas, Menteri Kewangan Lim Guang Eng memberitahu Dewan Rakyat bahawa akaun-akaun bank itu akan terus dibekukan kerana siasatan ke atas skandal 1MDB masih berjalan.

Tapi beliau juga berkata Kerajaan akan menyemak keputusan itu jika akaun-akaun itu tiada kaitan dengan 1MDB.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here