Mon, 13 May 2024

HEADLINES :


Bersatu KK tingkatkan gerak kerja
Published on: Sunday, May 26, 2019
Text Size:

Bersatu KK tingkatkan gerak kerja
KOTA KINABALU: Mesyuarat Penaja Parti Pribumi Bersatu bahagian Kota Kinabalu mengadakan mesyuarat Jumaat lalu antara lain membincangkan gerak kerja parti serta penubuhan cawangan-cawangan di Parlimen Kota Kinabalu.

Ketua Penajanya Datuk Hj Faisyal Yusof Hamdain Diego berkata, ahli jawatankuasa Pimpinan Penaja bahagian Kota Kinabalu telah bermesyuarat selepas menerima watikah lantikan sebagai Ketua Penaja bahagian.

“Bersatu Kota Kinabalu melantik Timbalan Ketua bahagian Mohammad Bahrin Abd Karim, Naib Ketua bahagian Mohd Faizal Saidi, Ketua Penaja Srikandi, Salmi Sarinoh, Ketua Armada Mohd Fakhruz Zaman Datuk Seri Dr Hj Arsit, Setiausaha bahagian Johann Joseph Diego, Penolong Bendahari bahagian  Rena Kashelda Yusof dan Ketua Penerangan bahagian Datuk Ruhsimah Zakaria serta lima ahli jawatankuasa bahagian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Penaja Bersatu bahagian Kota Kinabalu di sini, Jumaat.

Jelas Faisyal, PPBM adalah wadah perjuangan terbaik kepada rakyat Sabah dan sokongan yang lebih padu perlu diberikan demi kebaikan kita semua.

Tambah beliau Ketua Penaja Srikandi Bersatu bahagian Kota Kinabalu turut menerima surat lantikan daripada Ketua Srikandi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Rina Harun di Tuaran Khamis lalu, sementara itu, Ketua Armada Bersatu bahagian Kota Kinabalu dijangka menerima watikah lantikan pada Sabtu daripada Ketua Armada pusat, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Beaufort.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here