RANAU: Perjuangan menuntut hak-hak Sabah hari ini, seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), menjadi perjuangan arus perdana semua pemimpin Sabah.
Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah) merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah I, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, perjuangan tersebut belum selesai kerana masih ada yang mesti dituntut sepenuhnya.
Bagaimanapun, katanya, pemimpin Sabah perlu bersatu terlebih dahulu, seperti di Sarawak, supaya semua tuntutan dapat diperolehi, dan seterusnya memikirkan perancangan selepas MA63.
Advertisement





