Fri, 12 Dec 2025
Headlines:
Polis siasat borang tertera logo Warisan
Published on: Tuesday, May 28, 2019
Published on: Tue, May 28, 2019
By: Sherell Jeffrey
Text Size:
Text:
Polis siasat borang  tertera logo Warisan
KOTA KINABALU: Polis telah memulakan siasatan ke atas laporan mengenai borang kerajaan yang dicetak dengan logo Parti Warisan Sabah.

“Kami telah membuka satu kertas siasatan untuk meneliti perkara itu,” kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah, di sini, Isnin.

Advertisement
Menurutnya, mereka telah menerima 12 laporan polis yang dikaitkan dengan perkara itu, setakat ini.

Beberapa keping gambar tersebar di media sosial baru-baru ini mengenai dokumen kerajaan yang tertera logo parti berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: A new way of living is on the horizon in Luyang. Astoria, by KTI Group (KTI Landmark Berhad) is now welcoming Astoria, the latest commercial-residential towers within The Logg, an upcoming mixed-use development landmark set to redefine city living in Kota Kinabalu.  .
Ia menunjukkan bahawa pendatang tanpa izin dibekalkan dengan borang permohonan kewarganegaraan yang tertera logo Warisan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman ketika memberikan maklumbalasnya menyalahkan sindiket kerana menggunakan logo parti itu untuk menjual borang permohonan mendapatkan kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin.

Advertisement
Ketua Wira Warisan itu berkata perti berkenaan tidak pernah mengeluarkan borang permohonan kepada pendatang tanpa izin untuk memohon sebarang dokumen daripada kerajaan.

Setiausaha Agung parti itu, Loretto Padua, turut mengutuk pengedaran borang berkenaan di mana beliau menafikan parti itu terbabit dalam gerakan pemberian kewarganegaraan menggunakan logo Warisan di Lahad Datu, dan mempersoalkan kenapa parti itu perlu dipersalahkan.

Advertisement
Beliau berkata jika ada gerakan seumpamanya oleh partinya, parti sekutu lain sudah tentu akan bersuara.

Jabatan Pendaftaran Negara dalam satu kenyataan turut memafikan pembabitan dalam perkara itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, turut meyuarakan rasa sedih beliau kerana sesetengah kumpulan politik menggunakan bulan Ramadan untuk menyebarkan pembohongan terhadap Kerajaan Sabah dipimpin Warisan.

Beliau berkata kumpulan-kumpulan ini menyebarkan fitnah terhadap Kerajaan Negeri dan Warisan dengan bersungguh-sungguh mendakwa bahawa kerajaan memberikan kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin.

Beberapa laporan polis telah dibuat oleh Warisan berhubung perkara itu dan tidak menolak kemungkinan ia adalah perbuatan parti pembangkang tertentu.

Presiden StarSabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan menggesa Warisan berhenti mencari pihak untuk dipersalahkan dan menyalahkan pentadbiran terdahulu kerana pertambahan pendatang tanpa izin di Sabah.

Beliau juga berkata menuding jari kepada seseorang, iaitu Tan Sri Musa Aman, adalah tindakan murahan.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here