Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Dituduh bunuh pemandu Grab, dua pekerja cuci kereta hadapi hukuman mati
Published on: Tuesday, June 11, 2019
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Dituduh bunuh pemandu Grab, dua pekerja cuci kereta hadapi hukuman mati
Kota Kinabalu: Seorang rakyat Filipina dan seorang lelaki tempatan didakwa di Mahkamah Majistret Tuaran dengan pertuduhan membunuh seorang pemandu Grab tiga minggu lepas.

Pekerja kedai mencuci kereta, rakyat Filipina Arsit Indanan, 20, dan penduduk tempatan Amru Al Asy Japri, 24, dibawa ke hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun di Mahkamah Bergerak di Tuaran pada Isnin.

Mereka didakwa membunuh Mohammad Hanafiee Jaffar, 27, di dalam sebuah kereta Proton Saga FLX antara jam 4 pagi dan 5 pagi pada 25 Mei di tepi Jalan Marabahai di Tuaran.

Tiada pengakuan diambil daripada Arsit dan Amru selepas pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibacakan kepada mereka.

Mereka berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan itu.

Jessica menetapkan 11 Julai ini bagi sebutan semula kes itu di Tuaran.

Arsit dan Amru diperintah terus ditahan reman kerana dakwaan terhadap mereka tidak membenarkan ikat jamin.

Terdahulu, peguam Dominic Chew, yang mewakili Amru, memohon anak guamnya dirujuk ke Hospital Mesra di Bukit Padang untuk menentukan sama ada dia layak membuat pengakuan.

Chew ketika membuat permohonan itu di bawah Seksyen 324 Kanun Acara Jenayah memberitahu mahkamah bahawa Amru sebelum ini pernah menerima rawatan di hospital psikiatri itu.

Pegawai Pendakwa Inspektor Papilus Primus membantah permohonan itu.

Majistret Jessica berkata mahkamah akan menimbang permohonan Chew jika dia boleh menunjukkan bukti kad temu janji Amru di hospital berkenaan kepada mahkamah.

Bersama-sama Chew dalam mewakili Amru ialah peguam Aida Jaafar Md Ariff.

Arsit tidak diwakili.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here