Fri, 26 Dec 2025
Headlines:
Kami sudah penuhi janji pilihan raya: Shafie
Published on: Saturday, June 29, 2019
Published on: Sat, Jun 29, 2019
By: Larry Ralon
Text Size:
Text:
Kami sudah penuhi janji pilihan raya: Shafie
Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata Kerajaan Negeri diterajui Parti Warisan Sabah sebenarnya telah memenuhi janji pilihan rayanya untuk membatalkan cadangan pembinaan Empangan Kaiduan di Penampang.

“Mengenai Empangan Papar, ada orang mengatakan bahawa kami berjanji untuk membatalkannya. Kami telah membatalkan cadangan Empangan Kaiduan, tapi kami tidak pernah sebut mengenai Empangan Papar.  Tiada pengumuman dibuat mengenai Empangan Papar.

Advertisement
“Cuma kami sedar Empangan Papar akan dibina di sungai yang sama dengan Empangan Kaiduan, tapi ia (Empangan Papar) adalah di daerah lain,” beliau memberitahu pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Hari Raya Kementerian Pembangunan Infrastruktur di Dewan JKR di Sembulan, di sini, Jumaat.

Mohd Shafie berkata Kerajaan Negeri sedar dan tahu bahawa ianya penting untuk mempunyai bekalan air dan elektrik mencukupi di kawasan Pantai Barat – bukan hanya di Papar, tetapi juga di Penampang dan Kota Kinabalu serta kawasan sekitar.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: A new way of living is on the horizon in Luyang. Astoria, by KTI Group (KTI Landmark Berhad) is now welcoming Astoria, the latest commercial-residential towers within The Logg, an upcoming mixed-use development landmark set to redefine city living in Kota Kinabalu.  .
“(Kerana) ramai yang berminat untuk melabur di kawasan-kawasan ini. Jadi kita perlukan bekalan air dan elektrik. Empangan (Papar) ini boleh membekalkan kedua-duanya – air dan elektrik. Jika kita tidak merancang perkara itu, tidak akan ada pembangunan infrastruktur asas datang ke kawasan-kawasan ini,” katanya.

“Sebelum ini, orang membantah Empangan Bakun, sehingga ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, tapi hari ini Sarawak mempunyai kemudahan itu sehingga ia boleh menjana bekalan elektrik ke Brunei dan Sabah.

Advertisement
“Bayangkan perancangan ini (empangan Papar), jika ia tidak mencetuskan sebarang bahaya kepada mana-mana manusia di kawasan itu, saya fikir adalah penting untuk kita melakukannya untuk menyelamatkan Sabah. Jadi, kita ada bekalan air dan elektrik yang mencukupi. Kita tidak boleh tunggu.

“Hari ini, ada beberapa orang membantah tapi saya yakin ribuan malah jutaan orang akan membantah pada masa depan jika bekalan air tidak mencukupi,” katanya.
Advertisement
Beliau turut ditanya mengenai berapa banyak empangan seumpamanya yang Kerajaan Negeri ingin bina di Sabah memandangkan Adun Kemabong Jamawi Jaafar baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata bahawa satu Empangan Telekosang bernilai RM450 juta akan dibina di Kemabong tidak lama lagi untuk penjanaan elektrik.

Mohd Shafie, bagaimanapun, berkata beliau tidak tahu mengenai projek itu (cadangan Empangan Telekosang).

Tetapi, katanya, ada beberapa (lokasi cadangan pembinaan empangan) telah dikenal pasti.

“Di pedalaman, sudah ada di Ulu Padas dan kita akan teruskannya. Di Lahad Datu, di mana bekalan air dan elektrik juga satu masalah, ada banyak sungai dalam yang berpotensi, walaupun tidak setinggi yang ada di Ulu Padas.

“Kami akan meneliti tempat-tempat untuk membina empangan di mana kosnya tidak tinggi dan dekat dengan kawasan di mana wujud permintaan… kami akan mengkaji perkara ini.

“Kita suda ada satu empangan di Tawau. Tapi kita belum mengenal pasti berapa banyak (empangan yang akan dibina),” katanya, sambil menambah, Sabah perlu bertindak sekarang untuk bekalan air dan elektrik di Sabah pada masa depan.

Ketika ditanya sama ada Kerajaan Negeri kini tidak perlu lagi memikirkan penggunaan arang batu sebagai satu lagi alternatif penjanaan elektrik, memandangkan ia akan mempunyai lebih banyak empangan tenaga hidro, Mohd Shafie berkata arang batu hanyalah satu alternatif, tapi ia bukan sesuatu yang kita akan laksanakan.

“Kita akan lihat ia (arang batu) sebagai sesuatu yang kita perlu lakukan kajian mendalam (kerana) arang batu digunakan di Sarawak, Malaya dan Singapura,” katanya.

Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony dan pemimpin-pemimpin Sabah lain turut hadir.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here