Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Lebih 700 sertai Muziumton, Pencarian Harta Karun Warisan
Published on: Sunday, July 21, 2019
By: Ricardo Unto
Text Size:

Lebih 700 sertai Muziumton, Pencarian Harta Karun Warisan
KOTA KINABALU: Lebih 700 peserta mengambil bahagian dalam Muziumton dan Pencarian Harta Karun Warisan yang dianjurkan oleh Muzium Sabah, pada Sabtu.

Kedua-dua acara yang diadakan sempena Hari Muzium Antarabangsa Kebangsaan berjaya menarik penyertaan daripada sini dan Sarawak, serta semenanjung.

Menteri Belia dan Sukan Phoong Jin Zhe melakukan pelepasan kedua-dua cara itu di Kompleks Sukan Likas, di sini.

40 pasukan yang menyertai Pencarian Harta Karun Warisan dilihat di sekitar beberapa tapak warisan di Bandaraya bagi mencari klu dan cabaran di sembilan hentian.

Antara tapak itu adalah Pusat Tanah Lembap Likas, Pasar Besar Kota Kinabalu, Double Six Memorial, SMK Sanzac, bangunan Lembaga Pelancongan Sabah, Menara Jam Atkinson, Padang Merdeka dan Muzium Sabah.

Pasukan terlibat memerlukan beberapa jam menyiapkan tugas mereka dan mencari jalan sepanjang pencarian.

Pasukan yang memenangi acara itu adalah AFI yang mencatatkan masa 3 jam 19 minit sekali gus membawa pulang RM2,000.

Mereka disusuli oleh Socialite Rangers di tempat kedua dan Gurly2Chus di tempat ketiga.

Socialite Rangers dan Gurly2Chus menerima RM1,500 dan RM1,000.

Sementara itu, dua laluan – 10 kilometer dan 3.5 kilometer – dikhususkan untuk 570 pelari untuk berlari dari Kompleks Sukan Likas sehingga ke Teluk Likas dalam acara Muziumton.

Safree Sabdin dan Marlin Hing William menjuarai 10km Terbuka untuk kategori lelaki dan wanita, masing-masing. Mereka membawa pulang RM500.

Dalam 10km ahli muzium (lelaki), ia dimenangi oleh Muhd Hawari Hashim manakala Siti Nur Amaliah Kamsun menewaskan pelari lain untuk menjuarai 10km ahli muzium kategori wanita. Kedua-dua pemenang memperolehi RM500 setiap seorang.

Kategori 3.5km ahli muzium (veteran lelaki) menyaksikan Freddie Pulus memenanginya manakala Rubinad Sapou muncul johan Kategori 3.5km ahli muzium (veteran wanita). Mereka, setiap seorang memenangi RM400.

Jasron Jogan cemerlang dalam kategori 3.5km pelajar (lelaki 12 – 17 tahun) manakala Jessyca Sayu Sawing memenangi 3.5km pelajar (perempuan 12 – 17 tahun) untuk memperolehi RM300, setiap seorang.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here