Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Sabah harumkan nama negara dalam WCOPA 2019
Published on: Monday, July 22, 2019
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:

Sabah harumkan nama  negara dalam WCOPA 2019
SABAH menjadi sandaran Malaysia apabila dua bakat negeri menyumbang pingat untuk negara dalam Pertandingan World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2019 yang berlangsung di Long Beach, California, Amerika Syarikat (AS), dari 12 hingga 21 Julai lalu.

Wakil Sabah, Eylia Eyre Guntabid, 17, membawa pulang lapan pingat emas termasuk empat plak emas (world championship) juara divisyen untuk Kategori Vokal Senior R&B, World, Open dan Gospel, masing-masing.

Gadis kelahiran Keningau itu turut menyumbang pingat perak dalam Kategori Vokal Senior Broadway.

 

Di pentas WCOPA 2019 itu, Eylia bertanding dalam lima kategori vokal senior iaitu Broadway dengan membawakan lagu Aint I Aint Telling You (nyanyian asal Jennifer Hudson), R&B (Butterfly / Mariah Carrey), Gospel (This Day / versi Whitney Houston), Open (Pangarap Ko Ang Ibigin / Morisette Amon dan kategori World (Rumandawi / Clarice John Matta).

Seorang lagi bakat negeri, Dhestiansia Narendra Rageswara, 12, pula membawa pulang satu pingat perak bagi Kategori Solo Junior Tarian Etnik dan dua pingat gangsa, masing-masing, untuk Kategori Solo Junior Tarian Hip Hop dan Lyrical.

Pelajar Tingkatan 1 SM All Saints Kota Kinabalu itu turut bersaing dalam Kategori Junior Tarian Contemporary. 

Seorang lagi wakil Sabah adalah Daphne Emerald Jestie, 14, dari Keningau. Daphne bersaing dalam lima kategori vokal senior iaitu Pop dengan menyampaikan lagu Kerna Ku Sanggup nyanyian asal Agnes Monica, R&B (Stone Cold / Demi Lovato), World (Tian Lu / Han Hong), Open (Lolay Liyangkit / Kamis) dan Contemporary (I Dreamed a Dream / runut bunyi Les Mesierables).

Malaysia menghantar enam wakil dalam pertandingan yang diberi jolokan ‘Olimpik bakat’ itu, termasuk tiga dari Sabah.

Ia merupakan penyertaan ke-14 negara ke pertandingan itu sejak 2005. 

 

[email protected]





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here